Sekolah Rendah Agama Bersepadu Pontian atau nama ringkasnya SRAB Pontian, merupakan sebuah Sekolah agama yang terletak di Jalan Kampung Lama, Benut, 82200 Pontian, Johor. Ia merupakan salah satu dari Sekolah Rendah Agama Bersepadu milik kerajaan Johor.
Sejarah
SRAB Pontian ditubuhkan pada 01 Januari 1999. Awalnya SRAB Pontian menumpang bangunan di tiga buah blok Sekolah Agama Bandar Benut. Sejarah awalnya, hanya 6 orang guru dan seorang pembantu tadbir bertugas di sekolah ini.pada 20 Mei 2004 satu majlis penyerahan kunci telah selamat disempurnakan oleh YB Hj Hamzah bin pada 14 Jun 2004. Rasminya, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Pontian telah berpindah ke bangunan sendiri dengan kelengkapan prasarana keperluan pendidikan yang bertepatan dengan era pendidikaN. Penubuhan SRAB ini adalah Sekolah Rendah Agama perintis yang julung-julung kalinya ditubuhkan oleh Jabatan Agama Islam Johor (Bahagian Pendidikan) merupakan sistem pendidikan gabungjalin antara Pendidikan KSSR dan KBSA pada satu sesi persekolahan. Penambahan tenaga pengajar seramai 30 orang kerana peningkatan jumlah murid dan jumlah bilik darjah dari Tahun 1 hingga Tahun 6 sebanyak 12 bilik darjah.