Sekolah Menengah St. Martin (M) atau nama ringkasnya SM St Martin (M), merupakan sebuah Sekolah menengah yang terletak di Peti Surat 29, Kampung Tampasak, Tambunan.
Pada 2009, Sekolah Menengah St. Martin (M) memiliki 374 pelajar lelaki dan 383 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 757 orang. Ia mempunyai seramai 57 orang guru.2009
Sejarah
Sekolah Menengah St. Martin merupakan sekolah menengah yang tertua di Tambunan. sekolah ini mula beroperasi pada 01 januari 1967 dengan kumpulan pertama seramai 32 orang pelajar yang terdiri daripada 23 pelajar lelaki dan 9 orang pelajar perempuan. Pengasas dan pengetua pertama sekolah ini ialah Rev. Fr. Henselmans dan dibantu oleh 3 orang guru dan 2 orang guru sukarela. Sekolah menengah ini dirasmikan pada21 Februari 1968 oleh Yb datuk Pang Tet Tsung(Menteri Kerajaan Tempatan).