Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu atau nama ringkasnya SMK Undang Jelebu, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 3 Jalan Petaling.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu memiliki 449 pelajar lelaki dan 391 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 840 orang. Ia mempunyai seramai 61 orang guru.2009
Sejarah
SMK Undang Jelebu mula ditubuhkan pada tahun 1953 dengan nama Government English (Primary) School Kuala Klawang. Pada tahun 1956, pendidikan peringkat menengah dimulakan di bawah pentadbiran Guru Besar, Mr. G. E. Lewis. Pada tahun 1960, nama sekolah telah ditukar kepada SM Undang Jelebu dan dipindahkan ke tempat baru. Pada tahun 1964, SMK Undang Jelebu mempunyai 10 kelas aliran Inggeris (Tingkatan 1 - 5) dan 4 kelas aliran Melayu (Tingkatan 1 - 3). Apabila tibanya tahun 1968, pelajar aliran Melayu berpindah ke sekolah baru, iaitu SMK Bandar Tinggi (sekarang SMK Dato' Undang Musa Al-Haj) yang baru siap dibina. Pada tahun 1970 pula, sekolah ini telah dilengkapi dengan bilik matapelajaran Seni Perusahaan, Sains Rumahtangga dan Makmal Sains.Tibanya tahun 2011, Dewan Karisma bernilai RM 2.1 juta telah siap dan dirasmikan oleh YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim. Pada tahun 2011 juga Kompleks MPV bernilai RM 780 ribu pula siap dibina untuk mata pelajaran Tanaman Makanan.
Identiti Sekolah
Maksud Logo Sekolah
Warna Kuning : Menjunjung kedaulatan raja yang memerintah.
Warna Hitam : Naungan bawah tadbir Undang Luak Jelebu.
Warna Merah : Rakyat yang bertanggungjawab berani dan cinta akan negara.
Bulatan Gear : Proses belajar berterusan dalam arus Sains dan Teknologi.
Mata Pena Dan Buku : Identiti kependidikan pengajaran dan pembelajaran.
Lima Bulatan : Kesepaduan Jasmani,Emosi,Rohani,Intellektual dan Takwa.
Visi Sekolah
"Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu menjadi sebuah sekolah gemilang dan terbilang dalam Negeri Sembilan menjelang 2015."
Misi Sekolah
"Melaksanakan sistem pendidikan yang berkesan bagi memperkembangkan potensi individu ke arah pemantapan jasmani, emosi, rohani dan intelek untuk melahirkan insan yang berketerampilan, seimbang dan cemerlang memenuhi falsafah pendidikan kebangsaan."
GKMP Sains dan Matematik : Pn. Hajah Rozidah Binti Muros
GKMP Kemanusiaan : Tuan Haji Mohd. Effendy Bin Othman
GKMP Teknik dan Vokasional : Pn. Samsiah Binti Hassan
Guru Cemerlang
En. Mohd. Nasir Bin Ibrahim
Pn. Martina Bong
Pn. Hazlin Binti Mohamat
Kaunselor
Pn. Marzatul Marializa Binti Norudin
Pn. Nurhayati Binti Ishak
Guru Media
Pn. Nurul Aisyah Binti Mohd Zake
Setiausaha Peperiksaan
Pn. Hajah Zuraida Binti Zakaria
Pn. Idawaty Binti Rabli
Pn. Noraliza Binti Saari @ Othman
Pn. Farhana Binti Idris
Guru Disiplin
En. Mohd. Syukri Bin Muklas
Cik Aziratulsyida Binti Ahmad Razli
Guru Data
Pn. Junaidah Binti Ishak
Guru-Guru Penolong
Pn. Sayani Binti Ramli
Pn. Salisah Binti Md Sah
Pn. Leiw Huey Jing
En. Zulkefli Bin Abdul Ghany
Pn. Noorazlina Binti Kassim
Pn. Norazlin Binti Md Nor
Pn. Saziah Binti Abdul Rahim
Pn. Zubaidah Binti Mohamad
Cik Seaw Bik Fah
Pn. Sarijah Binti Abdul Salim
Pn. Siti Munira Binti Ismara Diva
En. Zoolhilmi Bin Suhaimi
Pn. Jamilah Binti Ludin
Pn. Nik Nor Zarina Binti Nik Ramzi
Pn. Norasyikin Binti Mokhtar
En. Wan Ali Akbar Bin Wan Abdullah
En. Wong Han Kuang
Pn. Arshalisa Binti Ariff
En. Mohd. Suhaimi Bin Muda
En. Nik Ahmad Zamir Bin Nik Abd. Rahman
Pn. Norharziana Binti Hamdan
En. Fairul Azry Bin Abdul Aziz
En. Muhammad Nuh Bin Ghazali
Cik Norazizan Binti Abdullah
Akademik
Mata pelajaran yang ditawarkan di SMK Undang Jelebu
PERALIHAN
Bahasa Melayu
Amalan Bahasa Melayu
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Seni Visual
MENENGAH RENDAH
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Sejarah
Kemahiran Hidup
Geografi
Pendidikan Islam
Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Jasmani & Kesihatan
ICTL
PAV
MENENGAH ATAS
Bahasa Melayu
English
Matematik
Pendidikan Islam
Pendidikan Jasmani
Sejarah
Pendidikan Moral
Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
Aliran Sains
Matematik Tambahan
Kimia
Biologi
Fizik
Aliran Sastera
Matematik Tambahan
Sains
Ekonomi Asas / Perdagangan
Prinsip Akaun
Pendidikan Seni Visual
MPV - Tanaman Makanan
Nama-Nama Kelas
KRK (Diwujudkan pada tahun 2013)
Gemilang
Cemerlang
Dinamik
Inovatif
Kreatif
PAV (Diwujudkan pada tahun 2014)
Kelas Rancangan Khas (KRK) 2013
Kelas Rancangan Khas adalah satu bentuk kelas yang diwujudkan di sekolah-sekolah harian biasa sebagai inisiatif bagi pelajar lepasan UPSR yang mendapat keputusan yang cemerlang, namun gagal ditempatkan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Ia berikutan tempat di SBP yang penuh. Di PPD Jelebu, sebelum ini, hanya SMK Dato' Undang Musa Al-Haj dan SMK Triang Hilir sahaja yang mempunyai kelas khas tersebut. Namun, mulai 2013, SMK Undang Jelebu telah mendapat mandat daripada JPN untuk turut mewujudkan kelas tersebut. Bagi melayakkan diri memasuki kelas terbabit, para pelajar perlu mencukupi syarat-syarat tersebut, iaitu:
Warganegara Malaysia
Pelajar tahun 6 dari negeri yang sama
Mendapat sekurang-kurangnya 4A 1B dalam UPSR
Lulus PAFA
Mesti mendapat A bagi matapelajaran Sains dan Matematik
Semoga dengan kewujudan kelas ini, akan memangkinkan lagi kecemerlangan SMKUJ di gelanggang akademik dan kokurikulum. Bagi ibu bapa atau pelajar yang layak, boleh menghubungi pihak sekolah, atau pegawai PPD (En. Anastas Zorin bin Abdullah) untuk maklumat lanjut.