Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau atau nama ringkasnya SMK Seri Balik Pulau, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Sungai Nipah.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau memiliki 782 pelajar lelaki dan 768 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1550 orang. Ia mempunyai seramai 107 orang guru.2009
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau
- Jalan Sungai Nipah
- 11020, Balik Pulau
- Pulau Pinang, Malaysia
- Telefon = 6048668262
- Fax = 6048662230
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Balik Pulau (singkatan:SMK Seri Balik Pulau) ialah sebuah sekolah yang terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang, Malaysia. Sekolah ini siap dibina pada tahun 1966.
Rumah Sukan
SMKSBP mempunyai empat rumah sukan iaitu Seri Penara (merah), Seri Genting (hijau), Seri Kongsi (kuning), Seri Betong (biru), Seri Perlis (ungu) dan Seri Pinang (oren).
Misi Sekolah
MEREALISASIKAN SEKOLAH SEBAGAI PUSAT PEMBANGUNAN MANUSIA BAGI MELAHIRKAN INSAN BERILMU, BERKEMAHIRAN, BERKETRAMPILAN, BERAKHLAK, BERTANGGUNGJAWAB, DAN BERUPAYA MEMBERI SUMBANGAN BERGUNA KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA YANG DICERMINKAN OLEH FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.
Falsafah Sekolah
Usaha sekolah ingin melahirkan para pelajar yang berilmu pengetahuan berketrampilan, berdisiplin dan berakhlak mulia melalui khidmat guru-guru yang berkemahiran dan dedikasi menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan dan kaedah yang sesuai, berkesan dan mutakhir. Guru-guru akan sentiasa memberi bimbingan dan inspirasi melalui latihan intelektual dengan matlamat mencapat kecemerlangan dan kesejahteraan diri pelajar-pelajar.
Pautan luar