Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas atau nama ringkasnya SMK Lunas, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak kira-kira 1 kilometer dari Pekan Lunas, Kulim, Kedah. Ia mendapat nama sempena sebuah pekan kecil lama yang banyak mencatat sejarah.[penjelasan lanjut diperlukan] Tapak sekolah ini pada asalnya ialah kawasan ladang getah yang dimiliki oleh seorang pemilik kilang kayu di Lunas. Keluasan sekolah ini lebih kurang 6.070 hektar bersamaan dengan 15 ekar. Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas mula beroperasi pada tahun 1984. Setelah 40 tahun, nama sekolah masih lagi menggunakan nama yang sama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas.
Pada 2024, Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas memiliki 715 orang pelajar lelaki dan 714 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1429 orang. Jumlah pelajar semakin berkurangan sejak tahun 2011 dimana ketika itu jumlah pelajar yang direkodkan adalah seramai 1845 orang pelajar. Selain itu, kakitangan sekolah adalah seramai 115 orang guru dan 10 anggota kumpulan sokongan.2024
Sejarah
Kumpulan pertama yang mendaftar di Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas pada tahun 1984 adalah seramai 213 orang iaitu 111 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan 102 orang mendaftar di tingkatan peralihan.
Tenaga pengajar pada tahun 1986/87 adalah seramai 38 orang dan terdapat 6 orang staf sokongan. Pada tahun 1986, kumpulan pelajar sulung telah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Kelas bagi tingkatan empat buat pertama kalinya dibuka pada tahun 1992 dan buat pertama kalinya juga pada tahun 1993, sekolah ini telah mengemukakan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kebakaran
Pada 9 Februari 2000, sebuah kebakaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas telah memusnahkan bilik pengetua, bahagian pentadbiran dan bilik guru. Kebakaran ini berlaku akibat perbuatan tiga orang pelajar.[1]
Pada tahun 2019, sekolah sekali lagi dikejutkan dengan kebakaran di Koperasi Sekolah yang mengakibatkan kerugian harta benda yang agak tinggi disebabkan litar pintas yang berlaku di dalam pejabat koperasi.
Lagu, misi dan visi, lencana
Lagu
Lagu Sekolah telah dicipta liriknya oleh pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas yang ke-4 iaitu Puan Hajah Siti Faridah bt Md Noor.
Manakala melodi lagunya dicipta oleh Encik Akhbar bin Ridwan yang pada ketika itu merupakan guru besar Sekolah Kebangsaan Sungai Kob.
Beliau juga merupakan suami kepada Puan Hajah Siti Faridah sendiri.
Visi, Misi dan Lencana
Visi dan Misi serta lencana sekolah ini telah diilhamkan oleh pengetua yang pertama dan juga yang ketiga iaitu En Abdul Majid bin Abdullah bersama barisan pentadbir yang banyak memberi sumbangan idea sehingga terhasilnya misi, visi dan lencana yang telah diguna pakai sehingga hari ini. Walau bagaimanapun, visi dan misi sekolah telah diselaraskan untuk semua sekolah di Malaysia kepada visi dan misi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bermula penghujung tahun 2013.[1]
Visi
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
Misi
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
Moto Sekolah
"PENDIDIKAN ASAS KESEMPURNAAN"
Pendidikan merupakan aset utama menentukan kejayaan hidup seseorang. Hanya dengan ilmu pengetuahuan manusia dapat hidup dengan sempurna pada masa hadapan.
Senarai pengetua
Berikut ialah senarai nama pengetua-pengetua yang telah dan sedang berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas.
Allahyarham Encik Abdul Majid bin Abdullah (1984 -1987)
Allahyarham Encik Mohd. Hasan bin Yusof (1988 -1989 1995)
Allahyarham Encik Abdul Majid bin Abdullah (1989 – 1991)
Puan Hajah Siti Faridah bt Md. Noor (1992 – 1997)
Puan Hajah Azizah bt Rasol (1997 – 1998)
Allahyarham Encik Ahmad bin Zakaria (1998 – 1999)
Puan Vasuge a/p Munusamy (1999 – 2000)
Allahyarham Tuan Haji Zakuwan bin Talib (2001 – Ogos 2004)
Allahyarham Tuan Haji Abdullah bin Haji Ahmad (Ogos 2004 – Feb 2007)
Puan Hajah Maimon bt Mat Yunus (1 Mac 2007 – 2010)
Encik Abdul Razak bin Mat Noh (2010 – 2012)
Allahyarham Tuan Haji Abdul Harith bin Abdul Rahim (2012 – 2013)
Tuan Haji Subberi bin Ramli (2013 – 2015)
Encik Asri bin Mansor (2015 – Dis 2016)
Tuan Haji Rohaimi Bin Ismail (Dis 2016 – Jun 2020)