Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun atau nama ringkasnya SMK Gurun, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Gurun.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun memiliki 882 pelajar lelaki dan 852 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1734 orang. Ia mempunyai seramai 103 orang guru.2009
Sejarah
Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun didirikan pada tahun 1963. Sekolah ini terletak di tepi jalan utama Alor Setar - Sungai Petani. Letaknya kira-kira 1 kilometer dari Pekan Gurun di utara dan 3 kilometer dari bandar Sungai Petani serta 5 kilometer dari bandaraya Alor Setar Kedah. SMK Gurun didirikan di atas kawasan seluas 6.83 hektar. Sekolah ini berlatarbelakangkan Gunung Jerai di sebelah barat serta dikelilingi kawasan pertanian kelapa sawit dan getah.