Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane Perkasa, yang lebih dikenali dengan nama ringkasnya, SMKCP, merupakan sekolah menengah kebangsaan dalam bandar yang terletak di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur, di bawah Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu. Pasa masa kini, SMK Cochrane Perkasa memiliki 712 murid dan 76 guru[4]Jun 2022.
SMK Cochrane Perkasa dibuka pada 3 Januari 2005. Nama sekolah diambil sempena nama Jalan Cochrane yang terletak berhampiran dengan bangunan sekolah. Tujuan SMK Cochrane Perkasa ditubuhkan adalah untuk menumpang bilangan pelajar yang semakin meningkat daripada dua Projek Perumahan Rakyat (PPR) berhampiran iaitu PPR Laksamana Jalan Peel dan PPR Perkasa Jalan Nakhoda Yusuf, serta taman-taman perumahan sekitarnya.
Di awal penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai 442 murid dan 34 staf (27 guru, 4 staf pejabat dan 1 pembantu makmal), dan menumpang di bangunan lama SMK Cochrane selepas sekolah tersebut berpindah ke bangunan baru di Jalan Syahbandar. Setelah beroperasi selama satu setengah tahun disitu, SMK Cochrane Perkasa diberi arahan untuk berpindah ke bangunannya sendiri pada 12 Jun 2006 oleh Datuk Hjh. Noor Rezan binti Bapoo Hashim, Pengarah Pelajaran JPWP ketika itu. Terdapat 12 buah kelas biasa, 2 bua kelas pendidikan khas, sebuah bilik guru, 2 buah makma sains dan sebuah dewan disediakan sebagai kemudahan warga sekolah.
Pada tahun 2008, SMK Cochrane Perkasa memulakan persekolahan sesi pagi dan petang apabila bilangan kelas yang disediakan tidak mencukupi untuk menampung jumlah murid yang semakin bertambah dari masa ke semasa. Bermula tahun 2010, SMK Cochrane Perkasa mempunyai 1,497 murid, 105 guru dan 14 staf. Sebanyak 32 buah kelas disediakan untuk menampung keperluan para murid.
Misi dan Visi
Misi
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti melalui penerapan disiplin individu[1].
Visi
Pendidikan berkualiti, insan berdisiplin, SMKCP sejahtera[1].
Setiap pelajar mempunyai potensi untuk berkembang maju secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan yang teguh kepada tuhan dan persepaduan antara ilmu, iman dan amal. Usaha ini akan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan dapat menjamin kesejahteraan diri, agama, bangsa dan negara[5][6][1].