Sekolah Kebangsaan Sg Hj Dorani

Sekolah Kebangsaan Sg Hj Dorani
Lokasi
 Malaysia Pekan Sg Hj Dorani, 45300, Sungai Besar, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Moto“Pelajaran Suluh Penghidupan”
Autoriti pendidikanPPD Sabak Bernam
Nombor sekolah60332243967
Kod sekolahBBA6002
LaguLAGU SEKOLAH

Anak didik yang berjaya Capaikan cita mulia Membantu membina Negara Menuju puncak jaya

SKSHD berbangga Lahirkan insan budiman Nilai murni jayakan Insan berhemah tinggi

Berilmu, beramal, Berkualiti, berjasa Disiplin diutama

Lahirkan warga berwawasan
Faks332243967
Laman sesawang


Sekolah Kebangsaan Sg Hj Dorani atau nama ringkasnya SK Sg Hj Dorani, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Pekan Sg Hj Dorani.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sg Hj Dorani memiliki 238 pelajar lelaki dan 223 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 461 orang. Ia mempunyai seramai 33 orang guru.

Sejarah

Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Dorani telah dibuka atau diwujudkan pada tahun 1947.  Ketika  itu sekolah ini hanya dikenali sebagai Sekolah Rakyat Sungai Haji Dorani.  Kewujudan Sekolah Rakyat Sungai  Haji Dorani diketuai atau diasaskan oleh Sidang Haji Nawawi, manakala bilangan tenaga pengajarnya seramai 4 orang.[1]

Ketika itu hanya terdapat 4 bilik darjah sahaja dan bentuk bangunannya hanya bangunan papan sekerat manakala bumbungnya zink.  Sekolah ini hanya bertahan selama dua tahun sahaja. Pada tahun 1949, sekolah ini yang dahulunya Sekolah Rakyat Sungai Haji Dorani telah diambil alih  pentadbirannya oleh  pihak kerajaan.  Maka bermulalah  sekolah  kerajaan  pertama di kampong ini.  Sekolah ini kemudiannya ditukar nama Sekolah Melayu Sungai Haji Dorani.  Pentadbirannya  diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Bakir  pada  15 Mac 1949.  Guru-guru  yang mengajar pada masa itu seramai 9 orang.  Bilangan kelas telah ditambah menjadi 8 kelas.  Guru-guru    yang   mengajar   sekolah   rakyat    dahulu  telah  diserap  terus   sebagai   guru     kerajaan.  Sebahagiannya telah berhenti.

Pada    tahun 1952,    keadaan Sekolah Melayu Sungai Haji Dorani   telah  berubah  dimana sebanyak   6 kelas   lagi   ditambah  menjadi  14 kelas  dan  gurunya  bertambah menjadi 15 orang. Sebanyak dua buah rumah guru dibina bagi menempatkan guru besar menakala sebahagian guru-guru menumpang di rumah-rumah orang kampung.

Pada tahun 1957, sekolah  ini  telah  dipukul rebut dan kemudiannya telah dibangunkan semula.  Sistem pembelajaran pada masa itu masih menggunakan dua aliran iaitu jawi dan rumi.

Pada tahun 1961,  bangunan batu  telah dibina menggantikan bangunan papan.  Dengan terbinanya bangunan ini menjadikan sekolah ini mempunyai 5 blok bangunan yang menempatkan kantin, pentadbiran dan tiga  blok bangunan  kelas.  Pembinaan bangunan ini banyak dilakukan secara gotong royong.

Pada  tahun 1980,  sekolah ini  telah mendapat  bangunan  tiga  tingkat  menggantikan  bangunan lama yang telah uzur.  Bangunan ini siap sepenuhnya pada tahun 1981 dan telah mula digunakan untuk pentadbiran, bilik guru, perpustakaan dan bilik darjah.

Pada tahun 1994, sekali lagi perubahan berlaku di mana sekolah ini telah mendapat satu bangunan baru lagi dan dijangka siap pada tahun 1995. Sekolah ini juga telah dinaikkan gred dari gred B kepada gred A.

Senarai Guru Besar

Berikut adalah senarai guru besar yang pernah berkhidmat di SK Sungai Haji Dorani sejak tahun 1949.[2]

BIL DARI HINGGA NAMA GURU BESAR
1 15.03.1949 07.02.1957 Tuan Haji Ahmad Bakir
2 07.02.1957 16.09.1957 Encik Abbas bin Saim
3 16.09.1957 15.03.1962 Encik Md Isa bin Yusoff
4 15.03.1962 31.12.1965 Encik Md Shafie bin Jaafar
5 01.01.1966 07.01.1968 Encik Hassan bin Abdullah
6 08.01.1968 31.12.1968 Encik Baharuddin bin Md Rashid
7 01.01.1969 31.12.1872 Encik Hussein bin Abdullah
8 01.01.1973 15.08.1983 Encik Harun bin Rafie
9 16.08.1983 24.11.1986 Encik Tamsir bin Zaidon
10 25.11.1986 30.09.1987 Encik Haron bin Radzi
11 01.10.1987 31.10.1992 Encik Ismail bin Ali
12 01.11.1992 11.02.2001 Encik Muhammad bin Ismail
13 12.02.2001 30.12.2006 Puan Sariah binti Sidek
14 01.01.2007 12.09.2010 Puan Hajah Pauzi binti Ab Rahman
15 01.11.2010 Puan Zaharah Binti Mohd Ariff
16 Encik Zainul Abidin b.Zainon
17 Puan Fatimah Binti Arabian

Pencapaian

Alamat

Sekolah Kebangsaan Sg Hj Dorani
Pekan Sg Hj Dorani
Selangor, Malaysia
Telefon = 60332243967
Fax = 332243967

Pautan luar

  1. ^ "skshd.blogspot.com : PROFIL SEKOLAH". skshd.blogspot.com. Dicapai pada 2024-10-16.
  2. ^ "skshd.blogspot.com : PROFIL SEKOLAH". skshd.blogspot.com. Dicapai pada 2024-10-16.