Sekolah Kebangsaan Ng Balang atau nama ringkasnya SK Ng Balang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Kapit.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Ng Balang memiliki 43 pelajar lelaki dan 25 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 68 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009
Sejarah
SK Nanga Balang telah ditubuhkan pada 01 Januari 1975 dengan keluasan 1.76 ekar iaitu bersamaan dengan 0.712 hektar. Sekolah ini dalam kategori pedalaman 3 dan juga sekolah kurang murid (SKM). Sekolah ini telah diambil alih kuasa oleh Kerajaan Negeri semasa perlaksanaan Akta Pendidikan sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri selaras dengan implimentasi kurikulum lama sekolah rendah sejajar dengan refomasi sistem pendidikan Malaysia.
SK Nanga Balang mempunyai penduduk dan pelajar yang terdiri daripada kaum Iban sepenuhnya. Pelajar-pelajar ini datang dari persekitaran kawasan lima buah rumah panjang yang berdekatan.
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Ng Balang
- D/A Pejabat Pelajaran Gabungan Kapit
- 96800, Kapit
- Sarawak, Malaysia
- Telefon = 0132860191
- Fax = TIADA
Pautan luar