Tersergam indah dan gagah di bumi bertuah
Tempat mencari ilmu untuk pedoman bangsa
Korus:
Pendidik yang dedikasi memberi segala pedoman
Menyinari kehidupan di masa hadapan
Harum segar namamu, SK Kuala Tutoh
Berusaha Pasti Berjaya, itulah cogan kata
Sekolah Kebangsaan Kuala Tutoh atau nama ringkasnya SK Kuala Tutoh, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Baram..
Pada 2024, Sekolah Kebangsaan Kuala Tutoh memiliki 7 pelajar lelaki dan 12 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 19 orang. Ia mempunyai seramai 7 orang guru termasuk pentadbir sekolah dan 2 orang AKP iaitu seorang Pembantu Tadbir Sekolah dan seorang Pembantu Pengurusan Murid.
Sejarah
Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Tutoh mula beroperasi pada tahun 1959. Sekolah ini terletak di daerah Baram, sebuah kawasan pedalaman dalam Bahagian Miri, Sarawak. Pekan terdekat ialah Marudi, yang berjarak kira-kira 65 kilometer dari Kampung Kuala Tutoh. Pengangkutan utama untuk keluar dari kampung ini adalah melalui pengangkutan air menggunakan Sungai Baram, sungai keempat terpanjang di Malaysia. Kampung Kuala Tutoh didiami oleh masyarakat Kiput, atau dikenali juga sebagai Lakiput, yang merupakan salah satu sub-etnik Orang Ulu.
Pada peringkat awal, sekolah ini hanya mempunyai sebuah bangunan kayu yang berfungsi sebagai blok pentadbiran. Seiring dengan perkembangan dan keperluan pendidikan, sebuah lagi bangunan dibina bersebelahan dengan bangunan asal pada tahun 2014. Bangunan baharu ini menempatkan kelas-kelas Tahun 2 hingga Tahun 5. Dua tahun kemudian, sebuah blok tambahan dibina di hadapan bangunan prasekolah, menjadikan keseluruhan sekolah ini memiliki tiga blok utama. Pada asalnya, blok tambahan ini dirancang untuk menempatkan kelas Tahap Dua, namun ia kini berfungsi sebagai blok pentadbiran. Blok pentadbiran tersebut menempatkan beberapa kemudahan seperti Bilik Guru Besar, Bilik Mesyuarat, Bilik Pembantu Tadbir, dan Bilik Guru.
Beberapa tahun kebelakangan ini, bangunan kayu asal telah dirobohkan kerana struktur kayunya semakin mereput dan membahayakan. Bangunan bersebelahan yang dahulunya hanya menempatkan kelas-kelas Tahun 2 hingga Tahun 5 kini dijadikan sebagai blok akademik sepenuhnya, yang menempatkan semua bilik darjah. Dengan perobohan blok lama itu, SK Kuala Tutoh kini mempunyai dua blok utama, iaitu blok pentadbiran dan blok akademik, tidak termasuk blok prasekolah yang turut menempatkan perpustakaan sekolah.