Sekolah Kebangsaan Kerukan atau nama ringkasnya SK Kerukan, merupakan salah sebuah sekolah daripada 26 buah sekolah di daerah Kuala Penyu, Sabah. Nama SK Kerukan di ambil daripada nama kampung tersebut iaitu Kampung Kerukan, yang mana kampung tersebut di namakan sempena seekor ikan karuk (ikan puyu).
Pada tahun 2024, Sekolah Kebangsaan Kerukan mencatatkan enrolmen seramai 51 murid lelaki dan 50 murid perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 100 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru dan 3 orang AKP.2016
Sejarah
SK Kerukan ditubuhkan pada 1 Januari 1947. Pada awal penubuhan, sekolah ini dikenali sebagai G.P.S Kerukan, Kuala Penyu. Wujudnya sekolah ini adalah atas perancangan mantan Ketua Kampung Kerukan, Allahyarham Encik Lastam Bin Haji Dulakim dengan kerjasama penduduk kampung pada ketika itu.
Pada awal SK Kerukan ditubuhkan, penduduk setempat bergotong-royong membina sekolah yang berasaskan tiang kayu, berdinding dan beratapkan pelepah rumbia, serta bermeja dan berkerusikan kayu.
Setelah Sabah menyertai pembentukan negara Malaysia, maka kerajaan sedikit demi sedikit menambah dan membangunkan beberapa buah bangunan yang baharu untuk keselesaan murid-murid dan guru. Seiring dengan peredaran arus kemodenan, SK Kerukan kini mempunyai fasiliti dan kemudahan yang kondusif, selesa serta moden sesuai dengan peredaran zaman masa kini.