Sekolah Kebangsaan Dewan Besar atau nama ringkasnya SK Dewan Besar, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Dewan Besar. SK Dewan Besar dikategorikan sebagai sekolah harian biasa luar bandar.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Dewan Besar memiliki 254 pelajar lelaki dan 211 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 465 orang. Ia mempunyai seramai 29 orang guru.2009
MOTO
"Berusaha Berilmu Berjaya"
VISI
Melahirkan Murid Yang Berilmu Bersahsiah Mulia Dan Sihat serta Persekitaran Sekolah Yang kondusif
MISI
Bersama-sama berusaha untuk melaksanakan dan mewujudkan budaya :
Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan
Pengurusan Disiplin Yang Cemerlang
Pengurusan Pembangunan Sahsiah Yang Menyeluruh
Pengurusan Kebajikan Murid Yang Cemerlang Dan Bersepadu
Mewujudkan Persekitaran Sekolah Yang Kondusif Secara Konsisten
MAKNA LOGO SEKOLAH
LIMA CINCIN
Semangat Kesukanan
BUKU DAN OBOR
Ilmu Penyuluh Hidup
TOPI DAN IJAZAH
Menuntut Ilmu hingga ke tahap tertinggi
RODA GIGI
Penerapan Sains dan Teknologi
WARNA BIRU
Melambangkan perpaduan
WARNA KUNING
Sentiasa mengamalkan Akhlak Mulia
WARNA MERAH
Berdisiplin dan bersemangat kental
LAGU SEKOLAH
Kami murid sekolah Dewan Besar
Berilmu bersemangat waja
Keunggulan kegemilangan
Dibina bersama
Dedikasi berakhlak mulia
Nadi setia kita
Wahai guru-guru kami tercinta
Bangun tingkatkan mutu kerja
Membentuk insan yang sempurna
Cendikiawan bangsa
Menuju era yang gemilang
Wawasan negara
S.K.D.B. …….jaya
Alamat
Sekolah Kebangsaan Dewan Besar
Kampong Dewan Besar
18500, Machang
Kelantan, Malaysia
Telefon : 6099765362
Fax : 6099765362
Sejarah
Ditubuhkan pada tahun 1948 di Kampung Dewan Besar, Labok Machang. Pada tahun tersebut, Sekolah Kebangsaan Dewan Besar terdiri daripada sebuah bangsal dan terdapat sebuah bilik darjah sahaja. Oleh kerana terdapat penambahan bilangan murid, maka sebuah bangunan baru telah dibina secara bergotong-royong menggantikan bangsal tersebut oleh penduduk kampung.
Pada tahun 1958, kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan separuh kekal (JKR 181) yang mengandungi 4 buah bilik darjah. Dalam tahun 1970an, PIBG pula telah berusaha mendirikan dua buah bangunan sementara.
Pada tahun 1978, bangunan baru 2 tingkat (JKR 380) telah didirikan di atas tapak seluas 6 ekar 729 depa yang mengandungi 8 bilik darjah, pejabat, bilik guru, tandas, stor dan kantin. Pada 23 Januari 1983, murid mula belajar di bangunan baru ini. Sebanyak 7 bilik darjah ditempatkan di bangunan baru dan 3 bilik darjah di bangunan lama.