Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Pusat Telok atau nama ringkasnya SJK (T) Pusat Telok, merupakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan yang terletak di Datok Jalan Okid.
Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Pusat Telok memiliki 356 pelajar lelaki dan 426 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 782 orang. Ia mempunyai seramai 36 orang guru.2009
Sejarah
SJK ( T ) Telok Datok telah dibuka pada tahun 1986 hasil gabungan lima buah Sekolah Tamil di sekitar kawasan. Kelima-lima yang digabungkan adalah :
Sekolah Tamil Telok Datok
Sekolah Tamil Ladang Banting
SJK ( T ) Ganesa Vidyasalai Talok Datok, Banting
SJK ( T ) Ladang Sungai Sedu Banting
SJK ( T ) Pekan Banting
Bangunan yang dibina pada tahun 1986 ini terdiri daripada 6 buah bilik darjah dan sebuah kantin. Pada 1986 sebuah bangunan mengandungi 3 buah bilik darjah dibina secara gotong-royong untuk menampung penambahan enrolmen.
Pada tahun 1990, enam buah bilik darjah dibina daripada sumbangan PIBG, ADUN dan orang ramai. Pada tahun 1991, 4 bilik darjah dibina daripada YAB Gafar Baba dan Dato Seri Samivellu bekas Menteri Kerja raya. Pada 1991, bangunan 3 tingkat telah dibina oleh Jabatan Kerja Raya.
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Pusat Telok
- Datok Jalan Okid
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 331872873
- Fax = 331872873
Pautan luar