Sejong (dahulunya dikenali sebagai kaunti Yeongi) atau nama rasminya Bandar Raya Autonomi Khas Sejong merupakan sebuah bandar raya terancang di Korea Selatan. Pada awal tahun 2007, kerajaan Republik Korea memutuskan untuk mewujudkan sebuah kawasan pentadbiran khas yang menempatkan 9 buah kediaman menteri dan 4 agensi kebangsaan yang pada masa kini terletak di Seoul. Kawasan bandar raya ini terletak di luar Seoul serta berada di antara dua wilayah iaitu Chungcheong Selatan dan Chungcheong Utara, berdekatan Daejeon. Sejong dibuka pada 2 Julai 2012 dengan 36 agensi kerajaan dijadualkan untuk berpindah di situ pada 2015.[2]
Etimologi
Bandar raya ini dinamakan sempena Sejong Agung, raja dari Dinasti Joseon sebagai tanda penghormatan kepada baginda yang merupakan bapa kepada abjad Korea.[3] Sebelum ini bandar raya ini adalah sebuah kaunti iaitu Yeongi (연기, 燕岐).
Rujukan
Pautan luar
|
---|
Kawasan | | |
---|
Wilayah | |
---|
Wilayah pemerintahan sendiri khas | |
---|
Bandar khas | |
---|
Bandar berautonomi khas | |
---|
Bandar metropolitan | |
---|
|