Seandainya Kau ada ialah novel 2010 oleh penulis novel Malaysia, Kamsiah Abu, dikeluarkan pada 25 Mac 2010 oleh Buku Prima.[1] Sebuah filem adaptasi novel ini dikeluarkan pada 2021.[2]
Sinopsis
Apabila yang diimpikan dan diharapkan tidak menjadi kenyataan walaupun ianya sudah berada di depan mata, Nur Syahirah jadi bagaikan layang-layang putus tali. Nur Syahirah berkelana ke negara yang amat asing baginya kerana membawa hati yang duka lara. Berbekalkan kecekalan hati dan kekuatan semangat yang masih bersisa, Nur Syahirah cuba membina hidup baru di perantauan.
Seandainya Kau Ada telah diadaptasi sebagai sebuah filem terbitan Zeel Production, dibintangi oleh Fendy Bakry, Aidit Noh, Raysha Rizrose dan Ruhainies. Filem ini ditayangkan pada 29 April 2021 di Astro First.[2]