Science Adventure[a] adalah siri multimedia yang terdiri daripada cerita fiksyen sains yang saling berkait yang dicipta oleh Mages, Nitroplus dan Chiyomaru Studio . Kebanyakan entri utama dipersembahkan dalam bentuk permainan video novel visual, tetapi entri-entri sampingan merangkumi beberapa medium yang berbeza.
Siri ini pada masa ini terdiri daripada enam entri utama: judul pertama siri ini, Chaos;Head, adalah novel visual yang dikeluarkan pada tahun 2008, dan ia diikuti judul novel-novel visual seperti Steins;Gate, Robotics;Notes, Chaos;Child, dan Anonymous ;Code serta yang akan datang, Steins;??? . Terdapat juga siri novel ringan Occultic;Nine yang sedang berjalan, yang juga telah disesuaikan menjadi novel visual. Siri ini juga termasuk beberapa permainan judul pecahan berdasarkan Chaos;Head, Steins;Gate, Robotics;Notes, dan Chaos;Child, serta banyak pecahan judul dalam medium lain termasuk anime, manga, novel ringan, drama audio dan drama pentas . .
Entri utama dan pecahannya semuanya berlaku dalam alam fiksyen yang sama, dengan memfokuskan pada beberapa tema fiksyen sains yang berbeza. Chaos;Head and Chaos;Child memfokuskan kepada persepsi, Steins;Gate memfokuskan pada pengembaraan masa dan Robotics;Notes memfokuskan pada robotik dan realiti berperantara . Pemain boleh mempengaruhi arah perjalanan cerita dengan membuat pilihan tertentu: dalam Chaos;Head and Chaos;Child ini dilakukan dengan memilih jenis delusi yang dialami watak pemain. Pilihan dalam permainan Steins;Gate dan Robotik;Nota dibuat melalui mesej yang ditetapkan oleh pemain melalui telefon bimbit dan komputer tablet dalam permainan, masing-masing.
Siri ini dirancang oleh Chiyomaru Shikura, Ketua Pegawai Eksekutif Mages, muzik digubah oleh Takeshi Abo dan Zizz Studio, senario ditulis oleh Naotaka Hayashi bersama-sama dengan penulis lain, dan menampilkan reka bentuk watak oleh artis termasuk Mutsumi Sasaki, Huke, dan Tomonori Fukuda. Pembangun-pembangunnya berhasrat untuk menjadikan siri ini ditetapkan sekitar alam realiti, kerana Shikura merasakan ia menjadikannya lebih boleh terkait dan dipercayai. Siri ini telah berjaya secara komersial di pasaran Jepun dan antarabangsa, dengan menjual lebih daripada yang dijangkakan untuk genre tersebut dan membantu mewujudkan Mages (sebelum ini 5pb.) sebagai pembangun permainan.
Siri ini diterbitkan oleh Mages dan Nitroplus di Jepun, [1][2] dan oleh JAST USA, [3] PQube, [4] Mages, [5] dan Spike Chunsoft di pasaran antarabangsa. [6] Novel visual Chaos;Head Noah, Steins;Gate, Steins;Gate 0, Chaos;Child, Steins;Gate Elite, Steins;Gate: Linear Bounded Phenogram, 8-bit ADV Steins;Gate, Steins;Gate: My Darling's Embrace, Robotics;NotesElite, dan Robotics;Notes Dash telah dikeluarkan secara rasmi dalam bahasa Inggeris. [7][8][9][6][10][11]Anonymous;Code juga telah diumumkan untuk keluaran bahasa Inggeris. [12][13]
Siri Science Adventure terdiri daripada tujuh judul teras [14][15] . [16] Adaptasi permainan bagi siri novel Occultic;Nine, dan Anonymous;Code asalnya telah dirujuk tajuk kerjanya sebagai sebahagian daripada siri Science Visual Novel , yang pada asalnya diumumkan sebagai berasingan daripada Science Adventure, tetapi sejak itu telah dimasukkan ke dalam siri ini. [17][18]Occultic;Nine telah dirancang untuk dikemas kini dengan kandungan cerita baharu yang mengikatnya lebih rapat dengan Science Adventure. [19][20] Beberapa permainan telah menerima edisi kemaskini dengan kandungan tambahan, [7] dan terdapat kompilasi yang mengumpulkan beberapa permainan, seperti Chaos;Head Dual (kompilasi kedua-dua permainan Chaos;Head) [21] dan Steins;Gate: Divergencies Assort (kompilasi daripada Steins ;Gate 0, Darling of Loving Vows, dan Linear Bounded Phenogram ). [22]
Entri utama adalah seperti berikut:
Chaos;Head adalah entri pertama dalam siri ini. Pada asalnya ia dikeluarkan untuk Microsoft Windows pada tahun 2008; [1] manakala versi lengkapnya, Chaos;Head Noah, dikeluarkan untuk Xbox 360 pada tahun 2009, [23] dan kemudiannya dialih pasarkan ke PlayStation Portable, [24]iOS, [25]Android, [26]PlayStation 3, [27] dan PlayStation Vita . [21] Permainan ini mengisarkan Takumi, seorang otaku yang suka berkurung mula mengalami delusi selepas menyaksikan pembunuhan, dan disyaki oleh polis berkait dengan siri pembunuhan "New Generation Madness". [7][28]
Steins;Gate adalah entri kedua dalam siri ini. Ia pada asalnya dikeluarkan untuk Xbox 360 pada tahun 2009, dan kemudiannya dialih pasarkan ke Microsoft Windows, [29] PlayStation Portable, [30] iOS, [31] PlayStation 3, [32] PlayStation Vita, [33] dan PlayStation 4 . [34] Versi yang dikemas kini, Steins;Gate Elite, telah dikeluarkan untuk platform PlayStation 4, PlayStation Vita dan Nintendo Switch pada 2018, dan kemudiannya dipasarkan ke Microsoft Windows dan iOS. [6][35][36] Permainan ini mengisarkan Okabe, yang secara tidak sengaja menghasilkan kembara masa; dia dan rakannya menggunakan cara ini untuk menghantar e-mel ke masa lalu, yang mengubah masa kini. [7]
Robotics;Notes adalah entri utama ketiga dalam siri ini. Ia pada asalnya dikeluarkan untuk Xbox 360 dan PlayStation 3 pada tahun 2012; [37][38] versi terkini, Robotics;Notes Elite, telah dikeluarkan pada 2014 untuk PlayStation Vita dan kemudiannya dialih pasarkan ke PlayStation 4 dan Nintendo Switch. [39] Permainan ini mengisarkan Kaito dan sekumpulan ahli kelab robotik sekolah tinggi yang cuba membina robot gergasi yang realistik. [7] Sementara itu, Kaito mula membongkar konspirasi yang boleh mengancam jutaan nyawa.
Occultic;Nine adalah entri utama keempat dalam siri ini. Tidak seperti entri utama yang lain, pada asalnya ia adalah siri novel ringan. Jilid pertama diterbitkan pada Ogos 2014. Ia telah disesuaikan menjadi novel visual dan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation Vita, dan Xbox One pada 2017, [40] versi yang lebih baik telah dirancang, tetapi akhirnya dibatalkan. [41][42] Kisah ini mengisarkan Yuta Gamon, yang mengendalikan blog perihal alam ghaib, Kirikiri Basara. [20]
Chaos;Child adalah entri utama kelima dalam siri ini. Ia pada asalnya dikeluarkan untuk Xbox One pada Disember 2014, [43] dan kemudiannya dipindah pasarkan ke PlayStation 3, PlayStation 4, PlayStation Vita, [44] Microsoft Windows, [45] iOS, dan Android. [46][47] Ia adalah sekuel tematik kepada Chaos;Head, [43] dan mengisarkan Takuru, yang menyedari bahawa dua pembunuhan terkini waktu itu berlaku pada tarikh yang sama dengan pembunuhan bersiri dalam Chaos;Head, dan mengetahui bahawa dia dan beberapa rakannya berpotensi menjadi sasaran. [7]
Anonymous;Code adalah entri utama keenam dalam siri ini. Ia dikeluarkan untuk PlayStation 4 da Nintendo Switch pada Julai 2022. [48][49][16][50] Permainan ini mengisarkan tentang penggodam muda bernama Pollon Takaoka, yang mempunyai kebolehan istimewa "simpan dan muat".
Steins;??? (nama tertakluk kepada perubahan) dirancang untuk menjadi entri utama ketujuh dalam siri ini. Ia akan menjadi sekuel tematik, yang diperkatakan oleh Mages khusus kepada Steins;Gate sebagaimana Chaos;Child adalah sekuel tematik Chaos;Head . [16][51]
Entri Sampingan
Siri ini mengandungi lapan permainan pecahan: satu berdasarkan Chaos;Head, [52] lima berdasarkan dari Steins;Gate, [35][53] satu berdasarkan Robotics;Notes, dan satu berdasarkan Chaos;Child . [54] Ia juga mengandungi beberapa lagi entri sampingan yang merangkumi beberapa medium berbeza selain daripada novel visual, seperti manga, CD drama, cerpen dan novel.
Chaos;Head
Chaos;Head -Blue Complex- adalah siri manga dua jilid yang disirikan dari 2008 hingga 2009. Ia merupakan adaptasi bukan terkanun berkenaan peristiwa daripada novel visual Chaos;Head, yang ditunjukkan dari perspektif Aoi Sena, salah satu heroin utama.
The Parallel Bootleg adalah CD drama yang dikeluarkan oleh Nitroplus pada Disember 2008. [55] Ia adalah spin-off bukan terkanun tentang sebuah makhluk misteri yang muncul di Shibuya, yang kuasa dan niatnya tidak diketahui.
Chaos;Head H adalah manga jilid tunggal yang dikeluarkan pada Mac 2009. Ia adalah komedi romantik yang menceritakan semula kisah Chaos;Head .
Delusion of Zero ialah cerpen terkanun yang hadir eksklusif dengan Chaos;Head Audio Series Complete Box, yang dikeluarkan pada Ogos 2009. [56] Ia adalah prolog kepada novel visual Chaos;Head, berlatarkan perspektif watak lain. Ia perlu dibaca selepas tamat cerita utama Chaos;Head .
Chaos;Head Love Chu Chu! pada asalnya dikeluarkan untuk Xbox 360 pada tahun 2010, dan kemudiannya dialih pasarkan ke PlayStation Portable, [57] PlayStation 3, [58] dan PlayStation Vita. [21] Ia adalah rantingan komedi romantik[52] dan sekuel langsung berkanun kepada Chaos;Head Noah . Adaptasi manga tiga jilid telah dikeluarkan dari 2011 hingga 2012.
Steins;Gate
Steins;Gate: My Darling's Embrace pada asalnya dikeluarkan untuk Xbox 360 pada tahun 2011, dan kemudiannya dialih pasarkan ke PlayStation Portable, [59] PlayStation 3, [60] PlayStation Vita, [61] iOS, [62] Nintendo Switch, [22] PlayStation 4 dan Microsoft Windows. [10] Ia adalah permainan judul romatik tak terkanun "alternatif", di mana Okabe membina hubungan dengan watak-watak Steins;Gate . [53]
Steins;Gate: Variant Space Octet[b] telah dikeluarkan untuk Microsoft Windows pada tahun 2011. [63] Ia adalah sekuel bukan berkanun kepada Steins;Gate, dipersembahkan sebagai permainan pengembaraan berasaskan teks dengan seni 8-bit, di mana pemain menaip arahan untuk melakukan tindakan. [53]
Steins;Gate: Linear Bounded Phenogram pada asalnya dikeluarkan untuk Xbox 360 dan PlayStation 3 pada tahun 2013, [64] dan kemudiannya dialih pasarkan ke PlayStation Vita [65] iOS, [66] PlayStation 4, Microsoft Windows, [67][6] ] [6] dan Nintendo Switch. [22] Ia adalah koleksi bukan berkanun yang mengandungi sebelas cerita sampingan yang berlatarkan garis dunia yang berbeza, yang ditulis oleh beberapa penulis berbeza. Dua daripadanya mengikuti watak Okabe, manakala selebihnya memfokuskan kepada watak lain. [53]
Steins;Gate 0 pada asalnya dikeluarkan untuk PlayStation 3, PlayStation 4 dan PlayStation Vita pada 2015, [68] dan kemudiannya dipindahkan ke Microsoft Windows, [69] Xbox One, [70] dan Nintendo Switch. [22] Versi terkini, Steins;Gate 0 Elite, sedang dalam pembangunan. [71] Ia berkisarkan sekitar peristiwa yang Okabe alami dalam garis masa alternatif sebelum menghantar D-mel video berhampiran penutup Steins;Gate yang asal. Siri anime, juga bertajuk <i id="mwAZQ">Steins;Gate 0</i> disiarkan pada 2018, yang berfungsi sebagai kesinambungan dan penamat kepada cerita novel visual itu.
ADV Steins;Gate 8-bit[c] telah dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada tahun 2018. Ia merupakan penceritaan semula bukan berkanun tentang kisah Steins;Gate dalam gaya permainan pengembaraan 1980-an untuk Famicom . [67] Ia sebenarnya adalah permainan Famicom sebenar, [72] dan dijalankan pada Switch dengan emulator dalaman.
Robotik;Notes
The Unpublished Memoirs of Senomiya Misaki ialah rantingan manga berkanun yang diterbitkan pada November 2012. Ia mengisahkan kisah silam Misaki Senomiya.
Robotics;Notes DaSH telah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan Nintendo Switch pada 2019. [14] Permainan ini adalah rantingan terkanun kepada Robotics;Notes dan juga sekuel langsung permainan itu, mengikuti kisah bekas ahli kelab robotik. [73] Robotics;Notes DaSH menampilkan Daru dari Steins;Gate sebagai protagonis utamanya, bersama Kaito dari Robotics;Notes . Disebabkan ini, Robotics;Notes DaSH mengandungi banyak pautan berkaitan Steins;Gate .
Chaos;Child
Far Too Late - Slumbering Fools ialah CD drama berkanun yang disertakan dengan keluaran PlayStation Limited Edition Chaos;Child pada Jun 2015. Ia memfokuskan kisah silam Mio Kunosato.
Memoirs of a Certain Wrong-Sider ialah novel ringan berkanun rantingan yang dikeluarkan pada Disember 2015. [74] Ia menceritakan hal The Return of the New Generation Madness daripada novel visual asal dari perspektif watak yang berbeza.
Chaos;Child ~Children's Collapse~ ialah siri manga rantingan berkanun, terdiri daripada tiga jilid yang dikeluarkan dari 2017 hingga 2019. Ia berfungsi sebagai prekuel kepada Chaos;Child, mengikuti kehidupan Mio Kunosato sebelum peristiwa dalam cerita utama.
Chaos;Child Love Chu Chu!! telah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation Vita pada 2017. Ia adalah rantingan berkanun Chaos;Child dan juga sekuel langsung cerita tersebut, di mana Takuru tidak berminat dengan peristiwa aneh yang sedang berlaku dan sebaliknya menghabiskan masa dengan heroin-heroin permainan itu. [54]
Chaos;Child -Children's Revive- ialah novel ringan berkanun yang berfungsi sebagai epilog untuk kisah Chaos;Child . Ia dikeluarkan pada Mac 2017, sehari selepas Chaos;Child Love Chu Chu .
Lain-lain
Chaos;Gate ialah cerpen silangan antara Chaos;Head dan Steins;Gate, dikeluarkan dalam majalah Nitroplus Complete pada September 2009, dua minggu sebelum keluaran novel visual Steins;Gate. Ia berlaku ketika peristiwa Chaos;Head, dan menceritakan pertemuan antara heroin Chaos;Head Sena Aoi dan protagonis Steins;Gate Rintaro Okabe di Stesen Shibuya.
Triptych of an Abrupt Chain ialah CD drama untuk siri yang dikeluarkan pada Disember 2013. Ia mempunyai tiga lagu, bertajuk Manatsu no Hiru no Caprice, Guuzou Kaimu no Stage, dan enigmatic ward, masing-masing adalah CD drama untuk Robotics;Notes, Steins;Gate, dan Chaos;Head. [75]
Tomorrow In The Box ialah cerpen berkanun daripada SCIENCE ADV SERIES 5 Years Jubilee, sebuah buku yang meraikan ulang tahun kelima siri itu, yang dikeluarkan pada Januari 2014. Ia adalah persilangan antara tiga entri pertama dalam siri ini, Chaos;Head, Steins;Gate, dan Robotics;Notes .
Unsur-unsur setara
Permainan-permainan Science Adventure seluruhnya menampilkan cerita dalam genre fiksyen sains . Siri ini menggunakan konsep dan teori saintifik sebenar, tetapi juga turut menyertakan unsur fiksyen, menggunakan sains kurang tepat dan legenda bandar . [7][76]Chaos;Head dan Chaos;Child memberi tumpuan kepada individu yang mempunyai kuasa untuk mengubah realiti, dan membincangkan topik seperti persepsi, realiti dan antijirim, manakala Steins;Gate memfokuskan pada pengembaraan masa. Robotics;Notes memfokuskan pada beberapa teknologi seperti robotik dan realiti perantara, serta meminjam beberapa konsep daripada dua entri sebelumnya.
Permainan utama dan rantingannya semuanya dilatarkan dalam dunia yang sama, [7] dan walaupun dibentangkan sebagai cerita serba lengkap, [76] semuanya mengandungi banyak rujukan ke entri sebelumnya (tidak termasuk entri pertama, Chaos;Head ) . Rujukan-rujukan ini terdiri daripada rujukan kecil seperti sebutan semula watak atau peristiwa daripada entri sebelumnya hingga yang lebih penting seperti penggunaan konsep yang dijelaskan dalam permainan lain. Terdapat juga antagonis terkongsi yang tinggi sepanjang keseluruhan siri iaitu Committee of 300 . Committee ini ditulis berdasarkan teori konspirasi sebenar iaitu mencari penguasaan dunia, dan digambarkan sebagai sangat berkuasa, mempunyai kawalan ke atas syarikat, ahli politik, dan agama, dan kelihatan mustahil untuk ditewaskan walaupun dengan pengembaraan masa dan kawalan realiti. [7]
Permainan ini terdiri utamanya sebagai novel visual, di mana pemain boleh mempengaruhi hasil cerita melalui pilihan-pilihan pelbagai. Dalam permainan Chaos;Head dan Chaos;Child, pemain melakukan ini dengan mengawal jenis delusi yang dialami watak pemain: pemain boleh menyebabkan mereka mengalami delusi positif atau negatif, atau hanya memilih untuk membiarkan mereka kekal dalam realiti. [7]Chaos;Child Love Chu Chu!! turut menggunakan soal selidik yang watak pemain ambil dalam majalah di permainan ini sebagai tambahan untuk menentukan hala tuju plot. [77] Dalam Steins;Gate dan Steins;Gate 0, pemain membuat keputusan dengan menggunakan telefon bimbit watak pemain: dalam Steins;Gate, ia dilakukan dengan memilih untuk membalas mesej tertentu, membuat panggilan telefon atau mengeluarkan telefon di tempat tertentu, kerana ini mempengaruhi maklumat yang dipelajari oleh watak pemain dan cara dia berinteraksi dengan watak lain; dan dalam Steins;Gate 0, ia dilakukan dengan memutuskan sama ada untuk menjawab telefon pada masa tertentu atau tidak. Robotics;Notes berfungsi sama seperti Steins;Gate tetapi dengan pemain menggunakan komputer tablet dan aplikasinya dan bukannya telefon bimbit. [7]
Pembangunan
Siri ini dirancang oleh CEO Mages Chiyomaru Shikura, [78] dan dibangunkan oleh Mages, Nitroplus, [79] dan studio konsep multimedia milik Shikura iaitu Chiyomaru Studio, kedua-duanya memiliki hak cipta untuk siri ini. [80][81] Naotaka Hayashi telah terlibat dalam penulisan siri sebagai penulis senario dan penyelia senario. [82][83][84][85][86] Pereka watak yang selalu hadir termasuk Mutsumi Sasaki (Chaos;Head dan Chaos;Child), [85][82] Huke ( permainan-permainan Steins; Gate), [87] dan Tomonori Fukuda (permainan-permainan Robotics;Notes ). [80][88]Runut bunyi permainan ini digubah oleh Takeshi Abo dan Zizz Studio. [89]
Shikura menyasarkan agar siri ini bersandarkan realiti kerana merasakan bahawa ia menjadikan cerita lebih terkait dan dipercayai. Beliau berkata bahawa secara peribadi beliau mendapati sukar untuk "melabur" dalam fantasi, dan tidak yakin bahawa orang ramai akan teruja dengan "fantasi yang digahkan". [79] Sepanjang siri ini, pasukan pembangunan menyasarkan kadar "99% sains dan 1% fantasi". [76][90] Shikura menggelar filem tahun 1989 Back to the Future Part II sebagai ilham kepada Steins;Gate, memettik bagaimana ia cukup dipercayai untuk berasa seakan nyata. [91] Untuk Robotics;Notes, Mages bekerjasama dengan JAXA, Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun, untuk membawa realisme yang lebih lanjut kepada cerita tersebut. [78] Disebabkan oleh penggunaan garis dunia – dunia-dunia alternatif – pembangun menggunakan carta korelasi untuk menjejaki peristiwa-peristiwa dalam cerita-cerita yang dikemas kini setiap kali mereka membuat entri baharu dalam siri ini. [76]
Abo menyatakan bahawa walaupun semua permainan adalah sebahagian daripada satu siri tunggal, runut bunyi bagi setiap permainan mempunyai imej yang berbeza. Dengan membandingkannya dengan cuaca, beliau menggelar Chaos;Head kehujanan, Steins;Gate kemendungan, Robotics;Notes kecerahan, dan Chaos;Child bergelora. Beliau menggunakan proses yang sama untuk setiap permainan semasa menggubah muzik: bermula dengan membaca cerita, memahami latar dan watak sebaik mungkin, dan menulis nota tentang aliran emosi permainan dan situasi yang berlaku sepanjang cerita. Menggunakan nota ini, beliau membina pandangan dunia muzikal untuk permainan itu, dengan banyak pemberatan pada tanggapan pertamanya. Pendekatan ini, walaupun lebih perlahan daripada hanya menetapkan lagu untuk bahagian permainan yang berbeza, membolehkannya mengarang lagu berkualiti tinggi dengan hubungan yang lebih rapat dengan pandangan dunia permainan itu. Beliau diberi banyak kebebasan ketika menghasilkan siri itu, dan dapat menghasilkan muzik yang beliau mahu cipta untuknya, sesuatu yang sangat beliau nikmati. Abo juga dapat mengarang setiap lagu tema permainan, dan sangat gembira dengan lagu tema Steins;Gate iaitu Gate of Steiner", yang mana dengan tema itu beliau dapat mewakili keseluruhan permainan. [89]
Siri Science Adventure antaranya adalah anak ilham daripada Infinity iaitu siri novel visual yang dibangunkan oleh syarikat KID yang kini sudah tidak beroperasi. Ia mengandungi beberapa rujukan dan tema yang serupa serta fokus yang sama pada unsur fiksyen sains. Beberapa kakitangan yang bekerja dengan KID dan siri Infinity, seperti Naotaka Hayashi, Chiyomaru Shikura dan Takeshi Abo kembali bersama untuk menghasilkan Chaos;Head, dan kemudiannya siri Science Adventure yang lain.
Penerimaan
Permainan ini juga telah menerima ulasan positif secara umumnya, baik di Jepun dan Barat. Pengkritik amat menggemari cerita, [7][83] muzik dan visual, [53][92][93] dan pelaksanaan elemen permainan dalam persembahan novel visual, [94][95] walaupun ada yang menyatakan kesukaran untuk mengakses laluan tertentu dalam permainan. [92][96]Anime News Network menulis bahawa siri ini mempunyai misteri berhalaju baik dan menggunakan konsep-konsep yang kreatif, tetapi kesimpulannya selalunya tidak sebaik pelatarannya. [97]
Pada tahun 2009, Steins;Gate memenangi anugerah Game of Excellence Famitsu tahun tersebut.[98]RPGFan menyenaraikan Steins;Gate dalam senarai 30 permainan main peranan harus main pada 2010–2015, memanggilnya sebagai salah satu novel visual terbaik di pasaran. [99] Ia juga telah dicalonkan untuk Anugerah Golden Joystick, untuk permainan konsol/mudah alih terbaik 2015. [100]
Jualan
Siri Science Adventure telah mencatat pelbagai kejayaan komersial untuk Mages, dengan Chaos;Head dan Steins;Gate membantu mewujudkan mereka sebagai entiti sohor pembangun permainan. [79] Pada Jun 2011, Steins;Gate melepasi jumlah jualan sebanyak 300,000 salinan, sesuatu yang Shikura nyatakan sebagai suatu pencapaian untuk genre permainannya. [101] Setahun kemudian, beliau mendedahkan bahawa terdapat lebih daripada 80,000 prapesanan untuk Robotics;Notes, yang merupakan peningkatan besar berbanding keluaran asal Steins;Gate.[102]Steins;Gate 0 juga berjaya secara komersial, dengan 100,000 salinan terjual pada hari pertama, [103] menjadikan jumlah jualan tergabung permainan-permainan Steins;Gate melepasi satu juta salinan. [104] Keluaran asal Chaos;Child bagaimanapun, gagal dicatatkan dalam senarai 50 jualan mingguan teratas Media Create di Jepun, dengan anggaran 1,415 salinan terjual. [105]
Keluaran konsol berbahasa Inggeris Steins;Gate mencatat fenomena dengan sebahagian besar salinan terjual adalah versi PlayStation Vita dengan menurut ketua pemasaran PQube, Geraint Evans, permainan itulah yang membuatkan PQube menembusi pasaran dan mendapat perhatian sebagai penerbit. [106] Keluaran PC antarabangsa Steins;Gate Elite adalah antara keluaran baharu terlaris bulan keluarannya di Steam . [107][d]
Media berkaitan dan penampilan lain
Selain permainan video, siri ini telah menyaksikan adaptasi dan rantingan dalam beberapa jenis media, seperti drama audio, [109]drama pentas, [110]novel ringan, dan manga . [111][112] Terdapat juga adaptasi anime bagi keempat-empat permainan siri utama – Chaos;Head (2008), [113]Steins;Gate (2011), [114]Robotics;Notes (2012–2013), [115] dan Chaos;Child ( 2017) [112] – dan Occultic;Nine (2016), [20] serta Steins;Gate 0 (2018), [116] iaitu "laluan terakhir" dalam kisah Steins;Gate 0 . Siri anime Steins;Gate diikuti oleh filem anime Load Region of Déjà Vu pada tahun 2013. [117] Siri televisyen aksi langsung Steins;Gate juga sedang diterbitkan oleh Skydance Television. [118] Terdapat beberapa album muzik yang mengandungi runut bunyi asal permainan-permainan tersebut termasuklah album yang menampilkan adunan lagu-lagu baharu. [89]
Our World is Ended adalah novel visual fiksyen sains Jepun yang dibangunkan oleh Red Entertainment dan diterbitkan oleh PQube di Amerika Utara dan Eropah untuk Nintendo Switch, PlayStation 4 dan Microsoft Windows pada 2019. Tetapi, versi yang dikemas kini ini yang digelar Judgment 7 - Our World is Ended diterbitkan oleh Mages di Jepun untuk Nintendo Switch, PlayStation 4 pada 2019. Mages mengiklankan permainan ini sebagai "Karya ulung untuk peminat Science Adventure". [124]
^"STEINS;GATE[PC]". 4Gamer.net (dalam bahasa Japanese). Aetas Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-25. Dicapai pada 2016-08-25.CS1 maint: unrecognized language (link)
^ abRomano, Sal (2018-06-18). "Steins;Gate Elite launches September 20 in Japan". Gematsu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-19. Dicapai pada 2018-09-19. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "sg elite rel" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
^ abGantayat, Anoop (2010-12-29). "Robotics;Notes Teaser Trailer". Andriasang. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-25. Dicapai pada 2016-09-02. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "andriasang r;n teaser" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
^ ab"アニメのことならアニメイト!" (dalam bahasa Japanese). Animate. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-01. Dicapai pada 2016-07-16.CS1 maint: unrecognized language (link)
^ abIshii, Senji (2009-10-15). "時間という禁断のテーマに挑んだ本格派ノベルゲーム『シュタインズ・ゲート』インプレッション". Famitsu (dalam bahasa Japanese). Enterbrain. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03. Dicapai pada 2016-09-02.CS1 maint: unrecognized language (link)Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "famitsu-review" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
^ abcJia, Oliver; Greening, Chris (2015-09-15). "Takeshi Abo Interview: Behind the Science Adventures". VGMO. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-26. Dicapai pada 2016-06-09. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "vgmo abo" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza