Dame Sandra Prunella Mason, GCMG, DA, QC (lahir 17 Januari 1949) ialah seorang peguam dan negarawati Barbados. Beliau merupakan Presiden Barbados yang pertama dan terkini sejurus terbubarnya sistem pemerintahan beraja, negara tersebut menjadi sebuah republik pada 30 November 2021.[1][2][3][4][5]
Pada 12 Oktober 2021, Sandra Mason telah dicalonkan oleh Perdana Menteri, Mia Mottley dan Ketua Pembangkang Joseph Atherley untuk menjadi Presiden Barbados. Pada 20 Oktober beliau telah dipilih sebagai presiden oleh pihak kerajaan dan pembangkang walaupun pengundian dalam kalangan rakyat tidak diadakan. Mason memulakan perkhidmatan pada 30 November 2021 dan pada hari yang sama dengan ulang tahun kemerdekaan yang ke-55 negara tersebut. Walaupun beliau secara nominal ketua eksekutif dan merupakan ketua tunggal negara di Barbados, secara praktikal peranan beliau kebanyakannya adalah upacara sahaja, sama seperti peranannya sebelum ini sebagai Gabenor Jeneral.
Rujukan