STS-95 ialah misi bolak-balik angkasa lepasDiscovery yang dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy, Florida pada 29 Oktober 1998. Ia merupakan penerbangan ke-25 Discovery dan misi ke-92 yang diterbangkan sejak permulaan program Space Shuttle pada April 1981. Ia merupakan misi yang mendapat publisiti besar kerana bekas angkasawan Mercury Tujuh dan senator Amerika SyarikatJohn H. Glenn, Jr. kembali ke angkasa untuk penerbangan angkasa keduanya. Pada umur 77 tahun, Glenn menjadi orang tertua, sehingga kini, yang pergi ke angkasa lepas. Misi ini juga terkenal kerana memulakan penyiatan HDTVATSC di A.S., dengan liputan langsung seluruh negara pelancarannya. Satu lagi rekod ialah angkasawan Sepanyol Pedro Duque menjadi orang Sepanyol pertama di angkasa lepas.