Potret misi: Angkasawan NASA Chris Ferguson (tengah kanan), komander; Doug Hurley (tengah kiri), juruterbang; Rex Walheim dan Sandy Magnus, kedua-dua pakar misi.
STS-135 (penerbangan ULF7pemasangan ISS)[4] ialah misi terakhir program Space ShuttleNASA dan A.S.[5][6] Ia menggunakan perkakasan yang asalnya diperuntukkan untuk misi kecemasan STS-335, kerana misi penyelamatan Launch On Need (LON) yang diperuntukkan untuk menyokong STS-134 tidak diperlukan lagi. Misi ini dilancarkan pada 8 Julai dan dijadualkan mendarat pada 20 Julai 2011, namun kemudian diperpanjangkan sehingga 21 Julai 2011. Anak kapal empat orang STS-135 merupakan yang terkecil bagi mana-mana misi bolak-balik angkasa lepas sejak STS-6 pada April 1983. Kargo utama misi ini ialah Multi-Purpose Logistics Module (MPLM) Raffaello dan sebuah Lightweight Multi-Purpose Carrier (LMC). Penerbangan MPLM Raffaello menaiki Bolak-Balik Angkasa Lepas Atlantis juga menandakan kali pertama dan terakhir Atlantis membawa sebuah MPLM ke angkasa lepas.[7]
Walaupun kebenaran untuk misi ini telah diberikan, ia pada awalnya tidak diperuntukkan dalam belanjawan NASA, menimbulkan persoalan sama ada misi akan terbang atau tidak. Pada 20 Januari 2011, pengurus program menukar STS-335 kepada STS-135 pada manifes penerbangan. Ini membenarkan latihan dan persediaan khusus misi lain dijalankan.[8] Pada 13 Februari 2011, pengurus program memaklumkan para tenaga kerja yang STS-135 akan terbang "tanpa mengira" situasi kewangan melalui resolusi berterusan.[9] Sehingga waktu itu, tidak terdapat rujukan rasmi terhadap misi STS-135 dalam dokumentasi rasmi NASA untuk orang awam.[10][11][12][13]
Misi ini dimasukkan dalam sah kuasa 2011 NASA,[14] disahkan dalam undang-undang pada 11 Oktober 2010, namun pendanaan kekal bergantung kepada rang undang-undang peruntukan berikutnya. Kerajaan A.S. meluluskan belanjawan untuk ini pada pertengahan-April 2011, menyeru $5.5 bilion untuk bahagian operasi angkasa lepas NASA, termasuk program bolak-balik dan pangkalan angkasa lepas.[15]
Anak kapal
NASA mengumumkan anak kapal STS-335/135 pada 14 September 2010.[16] Ini merupakan kali pertama hanya empat orang angkasawan NASA terbang ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Misi bolak-balik terakhir yang terbang dengan empat anak kapal ialah pada 28 tahun dahulu: STS-6 pada 4 April 1983 di atas Bolak-balik angkasa lepasChallenger, sebelum pembinaan ISS. Cuma empat angkasawan ditugaskan untuk misi ini, berbanding lazimnya enam atau tujuh, kerana tiada lagi sebarang bolak-balik yang siap sedia untuk kes penyelamatan. Jika kapal angkasa lepas ini rosak teruk di orbit, anak-anak kapal ini akan berpindah ke ISS dan kembali, seorang demi seorang dalam tempoh setahun, dengan kapsul Soyuz Rusia.[17] Pengurangan jumlah anak kapal juga membenarkan misi ini memaksimumkan muatan yang dibawa.[18]