STS-132[3] ialah sebuah misi penerbangan bolak-balik angkasa lepas untuk mengunjungi Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (International Space Station/ISS). Penerbangan bolak-balik ini telah dilancarkan pada 14 Mei 2010 dan berlabuh di ISS pada 16 Mei. Muatan utama bolak-balik ini ialah Modul Penyelidikan Kecil Rassvet milik Rusia dan sebuah Integrated Cargo Carrier-Vertical Light Deployable (ICC-VLD).