SEC Centre (asalnya dikenali sebagai Pusat Pameran dan Persidangan Scotland sehingga 2017) merupakan pusat pameran terbesar di Scotland yang terletak di Glasgow, Scotland. SEC Centre merupakan salah satu daripada tiga bangunan utama di Scotland Event Campus.[3]
Sejak pembukaannya pada tahun 1985, kompleks ini telah mengalami dua perluasan besar: yakni pembinaan SEC Armadillo pada tahun 1997, dan OVO Hydro pada tahun 2013. Syarikat induk bagi bangunan ini ialah SEC Limited, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Majlis Bandaraya Glasgow (91%) dan pelabur swasta (9%). Bangunan ini terkenal dengan penganjuran konsert di Dewan 4 dan Dewan 3.
Bangunan ini pernah merupakan tempat penganjuran Pertandingan Tarian Eurovision 2008[4], konvensyen Sains Fiksyen Dunia 1995 dan 2005 serta Persidangan Perubahan Iklim PBB 2021.[5]
Rujukan
Pautan luar