Rumah Makan (RM) Padang atau Warung Padang, juga dikenali Restoran Padang adalah suatu perniagaan warung makan, rumah makan, restoran yang menjual atau menghidangkan pelbagai jenis masakan Indonesia atau masakan Minangkabau yang berasal dari Sumatera Barat.[1][2]
Rumah makan ini amat terkenal di Indonesia,[1][3] dan disukai oleh pelbagai kalangan serta bermacam etnik serta bangsa[1] kerana makanannya yang lazat serta kebolehan adaptasinya yang boleh menyesuaikan diri dengan lidah atau selera masyarakat walau di mana sahaja rumah makan ini berada.[4] RM Padang di luar Sumatra Barat menghidangkan masakan yang tidak terlalu pedas, berbeza dengan rumah makan yang ada di tanah kelahirannya sendiri.
Rujukan