Rotan kerai merupakan sejenis pokok dalam kategori pokok Rotan yang merupaka sebahagian dari genus Calamus. Antara spesies yang turut dikenali sebagai rotan kerai adalah:-
- Calamus conirostris Becc.
- Calamus luridus Becc.
- Calamus ridleyanus Becc.
- Calamus setulosus J. Dransf.
- Calamus satulosus
- Calamus scabridulus
- Calamus simplex Becc. (Rotan kerai gunung)
- Calamus viridispinus Becc. (Rotan kerai gunung)[1]
- Calamus diepenhorstii Miq. (Rotan kerai hitam)
- Calamus burkillianus (Rotan kerai laut)
Rotan ialah nama untuk sebilangan pokok palma panjat Asia tropika daripada famili Arecaceae dan terdiri daripada genus-genus Calamus, Daemonorops, dan Korthalsia.
Berbeza dengan kebanyakan pokok palma, daun-daun pokok rotan tidak tumbuh berumpun menjadi silara; daun-daunnya mempunyai cangkuk yang panjang supaya memudahkan pokok-pokok rotan untuk memanjat ke silara pokok yang lain yang mempunyai panjang yang luar biasa (sering beberapa ratus kaki).
Rujukan
Pautan luar
Rujukan