Robert Schumann (AFA: /ˈʃuːman/) merupakan seorang penggubah, pemain piano dan pengkritik muzik yang berpengaruh dari Jerman pada era romantis.[1]
Robert dilahirkan di Zwickau, Kerajaan Saxony, dan dia anak ke-5 dan terakhir Johana Christiane dan August Schumann. Robert sangat berpengaruh pada kurun ke-19 and selepasnya, walau dengan pengamalan cara penggubahan yang lebih bertradisi olehnya selepas perkahwinannya. Antara hasil gubahan Robert Schumann ialah Op. 1, Ubahan pada nama "Abegg" (1830) dan Kreisleriana, Op. 16 (1838) hingga Op. 148, Lagu Kematian (1852).