Desert Memorial Park Cathedral City, California, A.S.
Warganegara
Amerika Syarikat
Nama lain
Mac McDonald
Pekerjaan
Ahli perniagaan
Terkenal kerana
Pengasas bersama McDonald's
Pasangan
Dorothy Carter (m. ?–1971) (kematiannya)
Richard McDonald (16 Februari 1909-14 Julai 1998) dan Maurice McDonald (26 November 1902-11 Disember 1971) merupakan dua orang adik-beradik dari Amerika Syarikat yang menjadi pengasas asal restoran McDonald's di San Bernardino, California dan pencipta ‘Sistem Perkhidmatan Speedee’.
Kerjaya perniagaan
Pada tahun 1937, McDonald bersaudara ini membuka gerai hot dog di Monrovia, California, yang terilham dari gerai-gerai hot dog tempatan yang dilihat satu-satunya perniagaan menguntungkan di pekan tersebut, yang kebanyakannyadihidangkan kepada pengunjung litar lumba tempatan. Namun begitu, perniagaan tersebut hanya menerima pelanggan yang sedikit selepas musim lumba tamat.
Maurice memutuskan untuk membuka gerai hot dog yang lebih besar di San Bernardino, sebuah pekan kelas-pekerja yang besar kira-kira 50 batu dari arah timur dengan populasi kira-kira 100,000 orang. Selepas beberapa kali permohonan pinjaman beliau ditolak oleh beberapa buah bank, akhirnya Bank of America meluluskan permohonan mereka, dan pada tahun 1940, dengan modal sebanyak $5,000, mereka membuka restoran pandu laju simpang 1398 North E Street dan West 14th Street (34°07′32″N117°17′41″W / 34.1255°N 117.2946°W / 34.1255; -117.2946).
Restoran tersebut ternyata berjaya dan mereka berdua memperoleh $40,000 setahun. Kebanyakan pelanggan mereka adalah remaja lelaki berusia 20-an yang banyak datang untuk memikat pelayan wanita, dan keluarga muda yang mencari hidangan murah. Kedua-dua orang adik beradik McDonald tersebut memutuskan bahawaan sesuai yang mereka mahu tarik.
Selepas beberapa tahun, adik-beradik McDonald mula membuat perancangan untuk mengubah model perniagaan mereka berdasarkan apa yang telah mereka pelajari. Salah satunya adalah mengurangkan kebergantungan kepada pelayan wanita yang dilihat lambat memberi perkhidmatan dan banyak menghabiskan masa menggoda pelanggan bagi mendapatkan tip yang lebih. Selain itu, hamburger dilihat penyumbang keuntungan mereka. Ia lebih mudah dibersihkan dan lebih cepat disediakan berbanding sandwic.
Pada tahun 1948, mereka mengubah keseluruhan dan membina semula restoran mereka di San Bernardino untuk memberi fokus kepada hamburger, susu kocak dan kentang goreng.[1]
Restoran baharu ini berjaya dan berjaya merealisasikan impian mereka untuk memperoleh $1 juta sebelum berusia 50 tahun,[2] adik beradik McDonald ini memulakan pemfrancaisan sistem mereka pada tahun 1953, dengan memulakan sebuah restoran di Phoenix, Arizona yang diuruskan oleh Neil Fox.[1] Pada mulanya mereka hanya mengfrancais sistem, berbanding nama restoran mereka. Kemudianna, mereka memulakan pemfrancaisan keseluruhan konsep, dengan membina restoran mengikut reka bentuk standard, direka oleh arkitek dari Fontana, California, Stanley Clark Meston, yang menampilkan cadangan dua buah Golden Arches, yang kelihatan "M" apabila dilihat dari sesuatu sudut.
Pada tahun 1954, mereka bekerjasama dengan Ray Kroc. Kroc mengambil 1.9 peratus keuntungan jualan dan adik beradik McDonald memperoleh 0.5 peratus. [3] Adik beradik McDonald hanya mahu mengekalkan jumlah restoran yang kecil, tetapi Kroc pula mengimpikan lebih banyak. Ini membuatkan konflik tercetus. Kroc akhirnya membeli McDonald's dari Richard dan Maurice.
Pada 30 November 1984, Richard McDonald - tukang masak pertama McDonald's - telah dipersembahkan hamburger McDonald's yang ke 50,000,000,000th (50 billion) McDonald's oleh Ed Rensi, yang kemudiannya menjadi presiden McDonald's Amerika Syarikat, di Hotel Grand Hyatt di New York.[4][5][6]
Kematian
Maurice McDonald telah meninggal dunia pada 11 Disember 1971 di Riverside, California, akibat kegagalan jantung di usia 69 tahun. Beliau dikemudiakan di Desert Memorial Park di Cathedral City, California.[7]
Richard McDonald pula meninggal dunia di Manchester, New Hampshire, pada 14 Julai 1998, di usia 89 tahun dan dikebumikan di Mount Calvary Cemetery di Manchester.[8][5][9] Isterinya, Dorothy meninggal dunia tidak lama kemudiannya. Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Gale French.[10]
Budaya popular
Pada tahun 2016, sebuah filem berjudul The Founder telah disiarkan. Pelakon Nick Offerman telah membawa watak sebagai Richard McDonald dan John Carroll Lynch pula memegang watak Maurice McDonald.