Pada tahun 1925, Reza Shah menjatuhkan Ahmad Shah Qajar, Shah terakhir dari Dinasti Qajar dan menubuhkan Dinasti Pahlavi. Beliau telah mewujudkan kerajaan autoritarian yang mengagungkan nationalisme, ketenteraan, sekularisme dan anti-komunisme serta digabungkan dengan penapisan dan propaganda negara yang ketat.[2] Dikenali sebagai seorang yang agak bijak meskipun kekurangan pendidikan formal, [3] Reza Shah telah memperkenalkan banyak reformasi sosio-ekonomi, menyusun semula tentera, pentadbiran kerajaan dan kewangan.[1] Bagi para penyokong beliau, zaman pemerintahan beliau membawa "undang-undang dan perintah, disiplin, kekuasaan pusat dan kemudahan-kemudahan moden - sekolah, keretapi, bas, radio, panggung wayang dan telefon".[4] Walau bagaimanapun, cubaan pemodenan yang beliau lakukan telah dikritik kerana "terlalu cepat"[5] dan "bersifat luaran",[6]
dan zaman pemerintahan beliau adalah satu masa "penindasan, rasuah, pecukaian, kekurangan ketulenan" bersama-sama "keselamatan jenis negara polis." [4]. Namun begitu, bagi kebanyakan nasionalis Iran beliau dianggap "Bapa Pemodenan Iran".
^ Michael P. Zirinsky; "Imperial Power and Dictatorship: Britain and the Rise of Reza Shah, 1921-1926", International Journal of Middle East Studies 24 (1992), 639-663, Cambridge University Press
^Paula K. Byers; 1998, "Encyclopedia of World Biography", ISBN 0-7876-2553-1, Pages 116-117, Reza Shah Pahlavi
^The Origins of the Iranian Revolution by Roger Homan. International Affairs (Royal Institute of International Affairs 1944-), Vol. 56, No. 4 (Autumn, 1980), pp. 673-677 Link
^ Richard W. Cottam, Nationalism in Iran, University of Pittsburgh Press, ISBN o-8229-3396-7