Rencana Linguistik ialah sebuah buku yang ditulis oleh Dr. Abdullah Hassan, salah satu ahli bahasa yang terutama di Malaysia. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1978, buku ini ditulis atas permintaan Encik Kamaludin Muhammad, ketua editor majalahDewan Bahasa ketika itu, untuk menyunting makalah-makalah dalam majalah tersebut supaya dapat dibukukan.
Sebanyak 21 buah makalah telah disusun ke dalam tujuh bab, dengan sebanyak lapan orang ahli bahasa memberikan sumbangan mereka. Buku ini bertujuan untuk memenuhi "keperluan dalam bidang ilmu bahasa bagi kepentingan pelajar-pelajar peringkat tahun pertama di universiti-universiti serta juga pelajar-pelajar di maktab-maktab, dan khususnya bagi guru-guru yang mengajar bahasa Malaysia."