Rashid Sidek

Rashid Sidek
Maklumat peribadi
Nama timanganAdul
Nama kelahiranAbdul Rashid bin Mohd Sidek
Negara Malaysia
Lahir (1968-07-08) 8 Julai 1968 (umur 56)
Banting, Selangor, Malaysia
Tinggi1.80 m (5 ka 11 in)
Berat68 kg (150 lb; 10.7 st)
Tahun aktif1986 - 2000
Perseorangan lelaki
Ranking tertinggi1 (1997)
Rekod pingat
Profil BWF

Datuk Abdul Rashid bin Dato' Haji Mohd Sidek (nama singkatan: Adul; lahir 8 Julai 1968 di Kanchong Darat, Banting, Selangor) merupakan bekas pemain dan jurulatih badminton Malaysia.[1]

Karier

Beliau memenangi gelaran Terbuka Malaysia selama tiga tahun berturut-turut pada tahun 1990, 1991, dan 1992. Pada final Piala Thomas pada tahun 1992, beliau mengalahkan Ardy Wiranata untuk memberikan Malaysia mata pertama dalam kemenangan dramatik 3-2 ke atas musuh tradisi Indonesia - kejuaraan pertama yang dimenangi oleh Malaysia dalam 25 tahun, dan yang terakhir hingga hari ini. Pada tahun 1996, Rashid mara ke final All England sebelum tewas kepada Paul-Erik Hoyer Larsen dari Denmark. Beliau mencipta sejarah apabila memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Atlanta 1996, mengalahkan pilihan utama, Joko Suprianto dari Indonesia di suku akhir sebelum menewaskan juara dunia 1995 juga dari Indonesia, Heryanto Arbi, 5-15, 15-11, 15-6 untuk penentuan pingat gangsa.

Setelah bersara, Rashid berkhidmat sebagai jurulatih perseorangan kebangsaan dari tahun 2003 hingga 2015.

Kehidupan peribadi

Beliau merupakan anak bongsu daripada 5 adik-beradik Sidek yang semuanya terlibat dalam arena badminton antarabangsa. Rashid dan abang-abangnya mendapat pendedahan dan bimbingan mengenai sukan badminton daripada bapa mereka, Haji Mohd Sidek. Beliau ialah graduan Victoria Institution (kumpulan 1980-1986).[2]

Pencapaian

Sukan Olimpik

Perseorangan lelaki

Tahun Venue Lawan Score Result
1996 GSU Sports Arena, Atlanta, United States Indonesia Hariyanto Arbi 5–15, 15–11, 15–6 Bronze Gangsa

Piala Dunia

Perseorangan lelaki

Tahun Venue Opponent Score Result
1993 Indira Gandhi Arena, New Delhi, India Indonesia Joko Suprianto 9–15, 3–15 Bronze Gangsa

Sukan Asia

Perseorangan lelaki

Tahun Venue Opponent Score Result
1990 Beijing Gymnasium, Beijing, China Republik Rakyat China Zhao Jianhua 2–15, 5–15 Bronze Gangsa

Kejohanan Asia

Perseorangan lelaki

Tahun Venue Opponent Score Result
1991 Cheras Indoor Stadium, Kuala Lumpur, Malaysia Malaysia Foo Kok Keong 4–15, 15–11, 15–2 Gold Emas
1992 Cheras Indoor Stadium, Kuala Lumpur, Malaysia Malaysia Foo Kok Keong 15–9, 15–3 Gold Emas

Piala Asia

Perseorangan lelaki

Tahun Venue Opponent Score Result
1991 Istora Senayan, Jakarta, Indonesia Indonesia Bambang Suprianto 15–10, 15–11 Gold Emas
1996 Olympic Gymnasium No. 2, Seoul, South Korea Republik Rakyat China Luo Yigang 18–14, 15–5 Gold Emas

Sukan Sea

Perseorangan lelaki

Tahun Venue Opponent Score Result
1989 Stadium Negara, Kuala Lumpur, Malaysia Indonesia Eddy Kurniawan 10–15, 7–15 Bronze Gangsa
1991 Camp Crame Gymnasium, Manila, Philippines Indonesia Joko Suprianto 10–15, 9–15 Bronze Gangsa
1995 Gymnasium 3, 700th Anniversary Sport Complex, Chiang Mai, Thailand Indonesia Ardy Wiranata 11–15, 10–15 Bronze Gangsa

Sukan Komanwel

Perseorangan lelaki

Tahun Venue Opponent Score Result
1990 Auckland Badminton Hall, Auckland, New Zealand Malaysia Foo Kok Keong 15–8, 15–10 Gold Emas
1994 Victoria, British Columbia, Canada Malaysia Ong Ewe Hock 15–6, 15–4 Gold Emas

Beregu lelaki

Tahun Venue Partner Opponent Score Result
1990 Auckland Badminton Hall, Auckland, New Zealand Malaysia Cheah Soon Kit Malaysia Razif Sidek
Malaysia Jalani Sidek
8–15, 8–15 Silver Perak

Kejohanan Grand Prix Dunia IBF

Perseorangan lelaki

Tahun Kejohanan Lawan Skor Keputusan
1990 Terbuka Perancis Malaysia Foo Kok Keong 11–15, 13–18 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
1990 Terbuka Malaysia Malaysia Foo Kok Keong 18–17, 15–6 Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
1990 Akhir Grand Prix Dunia Indonesia Eddy Kurniawan 13–18, 15–9, 2–15 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
1991 Terbuka Malaysia Malaysia Foo Kok Keong 15–4, 15–5 Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
1992 Terbuka Malaysia Denmark Thomas Stuer Lauridsen 15–5, 15–7 Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
1992 Akhir Grand Prix Dunia Indonesia Alan Budikusuma 15–9, 5–15, 15–7 Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
1994 Terbuka Malaysia Indonesia Joko Suprianto 3–15, 5–15 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
1996 Terbuka Taiwan Republik Rakyat China Dong Jiong 11–15, 4–15 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
1996 Seluruh England Denmark Poul-Erik Høyer Larsen 7–15, 6–15 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
1996 Terbuka Jerman Malaysia Ong Ewe Hock 15–11, 15–2 Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara
1999 Terbuka Taiwan Taipei Cina Fung Permadi 17–16, 6–15, 7–15 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
2000 Terbuka Korea Denmark Peter Gade 11–15, 3–15 Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara

Kejohanan Antarabangsa IBF

Perseorangan lelaki

Tahun Kejohanan Lawan Skor Keputusan
1995 Terbuka Brunei Indonesia Jeffer Rosobin 15–9, 15–3 Tempat pertama, pemenang pingat emas Juara

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2002 Cinta 200 Ela Yazid Filem pertama
2021 Olympic Dream Dirinya sendiri Penampilan khas

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2022 Master in the House Malaysia Dirinya sendiri/Master TV3

Darjah kebesaran

Honours of Malaysia

  •  Malaysia :
    • Bentara Setia Diraja (B.S.D.) (1988)[3]
    • Pingat Pangkuan Negara (P.P.N.) (1990)[3]
    • Kesateria Mangku Negara (K.M.N.) (1992)[3]
  • Wilayah Persekutuan:
    • Panglima Mahkota Wilayah (PMW) – Datuk (2021)[4][5]

Dalam budaya masyhur

Anak-Anak Sidek

Rashid diperwatak sebagai Adul dalam komik dan siri televisyen animasi Anak-anak Sidek.

Rujukan

  1. ^ https://www.thestar.com.my/news/community/2012/05/26/master-strokes-in-1992/
  2. ^ "Our Badminton Greats". www.viweb.freehosting.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-27. Dicapai pada 25 June 2016.
  3. ^ a b c "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2021-03-22.
  4. ^ "Seramai 335 terima darjah kebesaran sempena Hari Wilayah". Berita Harian. 1 February 2021. Dicapai pada 1 February 2021.
  5. ^ "Rashid, Soon Kit dapat gelaran Datuk". Berita Harian. 1 February 2021. Dicapai pada 1 February 2021.

Pautan luar