Pada 5 September 2021, Presiden Guinea Alpha Condé ditangkap oleh angkatan tentera negaranya dalam sebuah rampasan kuasa selepas pertempuran di ibu kota Conakry. Komandan angkatan khas Mamady Doumbouya menyiarkan dirinya dalam televisyen negara lalu mengumumkan pembubaran pemerintahan Presiden serta perlembagaan negara.[1]
Selepas berdeka pemerintahan autoritarian di negara itu, Condé ialah ketua pertama yang dilantik secara demokratik. Dalam jawatannya, sumber-sumber semula jadi negara digunakan untuk memulihkan ekonomi, tetapi tanpa kesan ketara terhadap warga penduduk negara. Pada 2020, Condé mengubah perlembagaan negara melalui referendum untuk melanjutkan kuasanya ke penggal ketiga lalu mencetuskan protes Guinea 2019–2020. Ketika itu Condé mengekang para pemprotes serta ahli-ahli pembangkang dengan beberapa orang ditahan maut dalam penjara sementara pemerintahannya bergelut dalam menguruskan peningkatan harga komoditi am.[2] Pada Ogos 2021, dalam suatu usaha untuk menyeimbangkan belanjawan negara, Guinea mengumumkan peningkatan cukai, memotong perbelanjaan terhadap pihak tentera dan polis, dan meningkatkan dana kepada pihak pejabat Presiden serta Perhimpunan Kebangsaan.
Kudeta ini bermula pada pagi 5 September ketika pihak tentera mengepung Istana Presiden Sekhoutoureah dan menutup kawasan daerah pemerintahan. Selepas bertempur dengan kuasa prokerajaan, para pemberontak yang disyaki diketuai Doumbouya menjadikan Condé sebagai tawanan, mengumumkan penamatan pemerintahan Condé, membubarkan perlembagaan dan menutup pintu sempadan.[3] Para ahli politik tempatan masih tidak menyatakan apa-apa sokongan secara ketara, tetapi ditentang secara hampir mutlak oleh negara-negara luar, dengan seruan-seruan agar rampasan dihentikan, mereka yang ditangkap dibebaskan serta mengembalikan keluruhan perlembagaan Guinea.
Pada 1 Oktober 2021, Mamady Doumbouya dilantik sebagai presiden sementara.
Rujukan