Raja Gautama ialah pengasas Empayar Tanah Merah pada abad ke-6 Masihi.
Kebangkitan
Kalinggawarman, kakanda Raja Gautama yang juga Raja Kalathana telah berjaya mengusir suku Khmer yang telah menawan Campa, membina kembali Empayar Funan yang runtuh (522 M) dan melaksanakan penaklukan kembali wilayah kekuasaan Funan.
Pada 561 M, Kalinggawarman telah diisytiharkan sebagai Maharaja Funan dan melantik Raja Gautama menjadi Raja Kalathana dan berfungsi sebagai gabenor tertinggi bagi Segenting Kra dan Semenanjung.
Pembelotan
Namun, Raja Gautama telah membelot kakanda baginda dengan mengisytiharkan kemerdekaan Kalathana daripada Funan pada 566 M dan memindahkan ibu empayar dari Yawakotti (kini di Hilir Kelantan) ke arah (kini di Hulu Kelantan) yang dipercayai kawasan Nenggiri sekarang.
Raja Gautama telah menukar nama Kalathana kepada Tanah Merah berdasarkan lokasi ibu empayarnya yang terletak di kawasan tanah rata berwarna merah batu kawi. Ibu empayar Tanah Merah sebagai Kota Singa.
Hubungan dengan Dinasti Sui
Dinasti Sui telah menyatukan China dengan penawanan Dinasti Chen di selatan pada tahun 589. Tanah Merah di bawah pemerintahan Raja Gautama telah menghantar duta ke Dinasti Sui pada tahun tersebut.
Pengakhiran pemerintahan
Pada 591 M, Raja Gautama telah turun takhta dan menyerahkan pemerintahan kepada anakanda baginda, Raja Sri Jaya. Baginda turun takhta untuk menyebarkan ajaran Buddha kepada dunia.
Didahului oleh Kalinggawarman
|
Raja Kalathana 556-566
|
Diikuti oleh: tiada
|
Rujukan
- Keturunan Raja-Raja Kelantan dan Peristiwa-Peristiwa Penting
Lihat juga