Pressigny-les-Pins ialah komun di jabatan Loiret di bahagian Centre, utara-tengah Perancis.
Toponimi
Toponimi Pressigny-les-Pins datang daripada nama seorang Gaul Rom bernama Pricinien yang memilik sebuah vila di atas tapak sebuah istana lama di situ. "Les Pins" ditambahkan pada nama tempat ini selepas Perang Dunia Pertama untuk mengelakkan kekeliruan dengan nama lain yang mempunyai persamaan.
Pentadbiran
Pada tahun 1794, datuk bandar bagi komun ini ialah Michel Claudel dan kini jawatan tersebut dipegang oleh Brieuc Nicolas[2]
Pada tahun 2009, komun ini menerima kenaikan cukai sebanyak 120% dengan peningkatan sebanyak 15.21% disumbang oleh cukai perumahan, 19.97% daripada cukai hartanah yang sudah dibangunkan dan 74.42 daripada cukai hartanah yang belum dibangunkan.[3]
Demografik
- 1999 : 383 orang penduduk (lelaki: 50.7%; perempuan: 49.3%)
- 2006 : 412 orang penduduk (lelaki: 50.9%; perempuan: 49.1%)
(Sumber : INSEE[4])
Rujukan
Lihat juga
Pautan luar