Di Bulgaria, peranan presiden hanyalah simbolik, dengan fungsi utama sebagai 'pendamai' antara perbalahan institusi-institusi Bulgaria yang berlainan. Mereka tidak dianggap ketua kerajaan atau sebahagian daripada kuasa eksekutif negara. Presiden dipilih untuk penggal 5 tahun, hanya boleh diperbaharui sekali. Selepas seseorang individu itu menjalani dua penggal sebagai Presiden, individu tersebut akan dilarang buat selamanya untuk dipilih sebagai presiden sekali lagi berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Bulgaria.[2] Presiden memberi ucapan kepada seluruh negara di televisyen pada Malam Tahun Baru, beberapa saat sebelum bermulanya tahun baru.[3]