Austin Richard Post (lahir 4 Julai 1995),[1] atau lebih terkenal sebagai Post Malone, ialah penyanyi-penulis lagu, rapper dan penerbit rakaman Amerika Syarikat. Beliau terkenal menerusi penulisan lagunya yang introspektif dan gaya vokal yang singkat, Malone mendapat pujian kerana mempelbagaikan genre termasuk country, grunge, hip hop, dan R&B. Beliau pertama kali menerima penghargaan pada tahun 2015 menerusi single sulungnya "White Iverson".[4] Beliau kemudian menandatangani kontrak rakaman bersama Republic Records.[5]
Austin Malone dilahirkan pada 4 Julai 1995[1] di Syracuse, New York.[10][11] Beliau dibesarkan kepada Rich Post, seorang DJ, dan ibu tirinya, Jodie Post. Keluarga mereka berpindah ke Grapevine, negeri Texas ketika Austin berusia 9 tahun[12] mengikuti kerja baru ayahnya yang menjadi pengurus kedai runcit stadium rumah pasukan forDallas Cowboys.[13][14]
Kerja bapa Austin banyak mendedahkannya kepada pelbagai aneka genre muzik termasuk hip hop, country dan rock.[15] Beliau turut menaruh minat bermain gitar dari kegiatannya bermain permainan video Guitar Hero.
Kerjaya muzik
Pada tahun 2018, Malone berkolaborasi dengan Swae Lee menerusi lagu "Sunflower" merunut bunyi filem Spider-Man: Into the Spider-Verse, yang tersenarai di carta Hot 100. Beliau kemudian mengadakan festivalnya sendiri, Posty Fest, yang berlangsung di Dos Equis Pavilion pada 28 Oktober.[16] Album ketiganya, Hollywood's Bleeding, mengetengahkan pop indie dan dikeluarkan pada akhir 2019.[17] Album ini menjadi album nombor satu keduanya di Billboard 200 dan menampilkan single Hot 100 nombor satu "Circles".[18]
^"Post Malone". GRAMMY.com. May 12, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada February 8, 2019. Dicapai pada June 12, 2019.
^Blackburn, H. Drew (June 23, 2015). "Post Malone's Homecoming". Pigeons & Planes. Diarkibkan daripada yang asal pada October 26, 2015. Dicapai pada October 17, 2015.