Pistol Mesin Model MAS 1938 merupakan senjata keluaran Perancis yang digunakan semasa Perang Dunia Kedua.
Selepas Perang Dunia Pertama, kilang senjata negara Perancis mula membangunkan reka bentuk pistol mesin sejak pertengahan 1920-an. Bagaimanapun ia hanya pada tahun 1938 sebelum pengeluaran bermula. Siri pengeluaran bermula dengan perlahan, dengan itu pada pembukaan kempen Perancis pada tahun 1940 hanya sedikit senjata yang ada. Bagaimanapun pengeluaran berterusan di bahagian Perancis yang tidak di jajah selepas kekalahannya.
Secara keseluruhannya, senjata ini dianggap tepat, tetapi sukar dan mahal untuk dihasilkan. Kekurangannya yang terbesar adalah prestasi lemah peluru kaliber 7.65 mm (0.3 inci) yang tidak mampu menyaingi katrij 9 mm (0.35 inci) parabellum. Sungguhpun begitu, MAS 1938 masih terus digunakan selepas perang.
Rujukan
Pautan luar