Pilihan raya United Kingdom 2010|
|
|
|
|
Pilihan raya umum United Kingdom 2010 diadakan pada 6 Mei 2010 untuk memilih ahli parlimen bagi Dewan Rakyat Parlimen United Kingdom. Parti memerintah ialah Parti Buruh manakala parti-parti lain termasuk Parti Konservatif dan Parti Demokrat Liberal.
Tarikh pilihan raya diumumkan pada 6 April dan Parlimen dibubarkan pada 12 April.[1]
45 juta pengundi mengundi dari jam 7.00 hingga 10.00 pagi di 40,000 pusat mengundi. Keputusan pilihan raya diumumkan 2 jam kemudian (12.00 tengah hari). 649 anggota akan dipilih untuk membuat dasar di Dewan Umum.
Parti yang mendapat majoriti akan memerintah Britain selama 5 tahun akan datang. Keputusannya ialah Parti Konservatif mendapat 306 kerusi, Parti Buruh (258), Parti Demokrat Liberal (57).[2] Parti Konservatif menang tetapi tidak mendapat majoriti umum (lebih 50 peratus kerusi).[3] Pada 8 Mei, ketua Parti Konservatif, David Cameron telah bertemu dengan pemimpin Parti Liberal Demokrat, Nick Clegg mengenai usul membentuk kerajaan campuran.[4]
Pada 11 Mei, ketika rundingan Konservatif dengan Liberal Demokrat untuk membentuk kerajaan campuran seakan-akan mencapai kejayaan,[5] ketua Parti Buruh Gordon Brown mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Dalam masa sejam, jawatan tersebut dipegang oleh ketua Parti Konservatif, David Cameron. Tidak lama selepas waktu tengah malam pada 12 Mei 2010, ahli-ahli Liberal Demokrat keluar dari mesyuarat parti Parlimen bersama Eksekutif Persekutuan untuk mengumumkan bahawa urus janji kerajaan campuran telah "diluluskan"[6], maka David Cameron bakal memimpin kerajaan campuran Liberal Demokrat dan Konservatif. Hasilnya Cameron sebagai Perdana Menteri melantik Clegg sebagai Timbalan Perdana Menteri sewaktu membentuk Kabinetnya.[7]
Parti politik
Parti politik utama dalam pilihan raya ini ialah Parti Buruh, Parti Konservatif dan Parti Demokrat Liberal. Kesemuanya telah menggantikan pemimpin selepas pilihan raya terdahulu. Selain Gordon Brown dari Parti Buruh yang juga menjadi Perdana Menteri, pemimpin-pemimpin baru termasuk David Cameron dari Parti Konservatif dan Nick Clegg dari Parti Liberal Demokrat.
Parti lain
Parti-parti lain yang lebih kecil termasuk
Latar belakang
Parti Buruh diramalkan tumbang sejak awal-awal lagi kerana kalah teruk dalam pilihan raya tempatan dan pilihan raya Parlimen Eropah. Secara tradisi parti pembangkang akan berunding dengan pegawai-pegawai kerajaan tentang kemungkinan transisi. Oleh itu, sejak Mac 2010, Ketua Pembangkang David Cameron telah memulakan siri mesyuarat rasmi dengan Ketua Setiausaha Negara Britain, Sir Gus O'Donnell. David Cameron dikatakan membawa imej Barack Obama.[8]
Kempen pilihan raya agak menarik kerana adanya siaran langsung debat terbukayang menyerupai pemilihan Presiden Amerika Syarikat. Pada 22 April 2010 ,Sky News menyiarkan debat terbuka tentang dasar luar negara. Pada 29 April 2010 ,siaran langsung debat terbuka tentang isu ekonomi.
Debat terbuka selama 90 minit oleh sebuah stesen TV tempatan yang beribu pejabat di Yorkshire, ITV1. Gordon Brown (Buruh), David Cameron (Konservatif) dan Nick Clegg (Liberal Demokrat) cuba menonjol karisma masing-masing. Debat secara langsung ini disiarkan ke seluruh negara. Tinjauan awal ITV, YouGov/The Sun, Channel Four, dan Sky News mendapati Nick Clegg lebih popular.
Parti Konservatif tidak memenangi kerusi yang mencukupi dalam sistem 'pertama menduduki jawatan' berhak mendapat majoriti penuh di Dewan Umum. Oleh Parlimen akan tergantung dan mungkin mencetuskan perebutan kuasa di Britain. Kekalutan ini pernah berlaku pada 1974.
Parti Buruh sudah berkuaa selama 13 tahun.
Gordon Brown bertanding di tempat asalnya Scotland.
Isu pilihan raya
- Britain berhadapan masalah kelembapan ekonomi.Brown mahu mempertahankan cadangan untuk menaikkan kadar bayaran insurans kebangsaan iaitu sejenis cukai yang dibayar oleh pekerja dan majikan.[9] Britain belum pulih daripada kemelesetan ekonomi yang teruk.
- Pengundi di Scotland, Wales dan Ireland Utara tidak puas hati dengan England sedangkan mereka sebahagian daripada Britain.[10] Parti tempatan seperti British National Party dan UK Independence Party mengkritik kredibiliti dan dasar parti Buruh, Konservatif dan Liberal Demokrat yang dikatakan hanya membawa 'kepentingan' rakyat England semata-mata.
Tinjauan akhbar Guardian mendapati sokongan kepada Parti Konservatif meningkat 36 %, Parti Buruh mendapat 28 %, manakala Parti Demokrat Liberal menurun kepada 26 %.[11]
Sejarah
Kerajaan Britain pernah diterajui oleh Parti Konservatif, Parti Buruh, Whig, Canningites, Peelite, Liberal, Unionists, dan kerajaan campuran. Parti Liberal pernah memerintah Britaih (1905-1915) yang pada ketika itu diterajui oleh Sir Henry Campbell-Bannerman dan Herbert Henry Asquith. Parti Liberal Demokrat pula ialah gabungan antara Parti Liberal dan Parti Sosial Demokrat yang ditubuhkan pada tahun 1988.
Keputusan
↓
306
|
57
|
258
|
29
|
Konservatif
|
Lib Dem
|
Buruh
|
Lain-lain
|
Parti
|
Pemimpin
|
Ahli Parlimen
|
Undi
|
|
Jumlah
|
|
|
Jumlah
|
Parti Konservatif
|
|
David Cameron
|
306
|
47.1%
|
|
10,703,754
|
36.1%
|
Parti Buruh
|
|
Gordon Brown
|
258
|
39.7%
|
|
8,609,527
|
29.0%
|
Parti Demokrat Liberal
|
|
Nick Clegg
|
57
|
8.8%
|
|
6,836,825
|
23.0%
|
Parti Kesatuan Demokratik
|
|
Peter Robinson
|
8
|
1.2%
|
|
168,216
|
0.6%
|
Parti Kebangsaan Scotland
|
|
Alex Salmond
|
6
|
0.9%
|
|
491,386
|
1.7%
|
Sinn Féin
|
|
Gerry Adams
|
5
|
0.8%
|
|
171,942
|
0.6%
|
Plaid Cymru
|
|
Ieuan Wyn Jones
|
3
|
0.5%
|
|
165,394
|
0.6%
|
Parti Demokratik Sosial dan Buruh
|
|
Margaret Ritchie
|
3
|
0.5%
|
|
110,970
|
0.4%
|
Parti Hijau
|
|
Caroline Lucas
|
1
|
0.2%
|
|
285,616
|
1.0%
|
|
Perikatan
|
|
David Ford
|
1
|
0.2%
|
|
42,762
|
0.1%
|
|
Yang di-Pertua Speaker
|
|
John Bercow
|
1
|
0.2%
|
|
22,860
|
0.08%[12]
|
Ahli politik bebas
|
|
Sylvia Hermon
|
1
|
0.2%
|
|
21,181
|
0.07%[13]
|
Rujukan
Pautan luar
Manifesto
Tinjauan