Pilihan raya persekutuan Australia 2010|
|
|
|
Parti pertama
|
Parti kedua
|
|
|
|
Pemimpin
|
Julia Gillard
|
Tony Abbott
|
Parti
|
Buruh
|
Campuran Liberal/Nasional
|
Pemimpin sejak
|
24 Jun 2010 (2010-06-24)
|
1 Disember 2009 (2009-12-01)
|
Kerusi pemimpin
|
Lalor
|
Warringah
|
Pilihan raya lepas
|
83 kerusi
|
65 kerusi
|
Kerusi yang diperlukan
|
0
|
17
|
Kerusi yang dimenangi
|
72
|
72
|
Perubahan kerusi
|
▼11
|
▲7
|
|
|
Sebuah pilihan raya persekutuan diadakan pada hari Sabtu, 21 Ogos 2010, untuk ahli-ahli Parlimen Australia ke-43. Parti pembangkang campuran kanan tengah Liberal/Nasional pimpinan Ketua Pembangkang Tony Abbott merupakan pencabar utama kerajaan semasa berhaluan kiri tengah Parti Buruh Australia pimpinan Perdana Menteri Julia Gillard. Pada hari Selasa, 7 September 2010, diumumkan bahawa Parti Buruh dikekalkan sebagai kerajaan campuran minoriti yang menewaskan Campuran tersebut.
Parti Buruh dan Campuran masing-masing meraih 72 kerusi di Dewan Perwakilan yang berkerusi 150,[1] iaitu kekurangan empat kerusi untuk membentuk kerajaan majoriti, sehingga menyebabkan parlimen tergantung pertama semenjak tahun 1940.[2][3][4] Ahli-ahli yang menduduki enam kerusi yang selebihnya memegang imbangan kuasa, oleh itu merekalah yang menentukan pihak mana yang membentuk kerajaan.[5][6] Ahli pertama parti Australian Greens yang diundi ke dalam Dewan Perwakilan, iaitu Adam Bandt, dan seorang ahli bebas, Andrew Wilkie, mengisytiharkan sokongan mereka untuk Parti Buruh berdasarkan undian percaya.[7] Dua lagi ahli bebas, iaitu Rob Oakeshott dan Tony Windsor, juga mengumumkan sokongan mereka untuk Parti Buruh supaya kerajaan minoriti Parti Buruh dibentuk, bagaimanapun mereka berhak untuk mengundi secara bebas terhadap rang undang-undang dan usul kepercayaan dalam kes-kes khas.[8] Seorang lagi ahli bebas, Bob Katter,[9] dan seorang ahli Parti Negara Australia Barat, Tony Crook,[10] mengumumkan sokongan mereka untuk parti Camputan.
Lebih 14 juta warga Australia berdaftar untuk mengundi ketika pilihan raya berlangsung.[11]
Rujukan
Pautan luar