Pilihan raya kecil Ulu Muar 1981|
|
|
|
ADUN Ulu Muar sebelum pilihan raya
Abdul Kadir Abdullah
BN-UMNO
|
ADUN Ulu Muar
Ali Haji Manaf
BN-UMNO
| |
Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Ulu Muar 1981 merupakan pilihan raya kecil selepas Pilihan raya umum Malaysia 1978. Pilihan raya ini dijadual diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Abdul Kadir Abdullah dari parti UMNO pada 9 Ogos 1981[1]. Pilihan raya kecil ini pada asalnya telah dijadualkan, walau bagaimanapun, pertandingan tidak berlaku dan calon UMNO, Ali Haji Manaf telah menang tanpa bertanding.
Penamaan Calon
Pada 17 September 1981, telah berlangsungnya hari penamaan calon. Barisan Nasional menerusi UMNO telah menghantar Ali Haji Manaf sebagai calon, manakala Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah menghantar Ujang Haji Yatim sebagai calon. Walau bagaimanapun, kertas pencalonan PAS telah ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.[2]
Keputusan Pilihan Raya
Berikut merupakan keputusan rasmi
Parti
|
Nama Calon
|
Keputusan
|
BN-UMNO
|
Ali Haji Manaf
|
Menang Tanpa Bertanding
|
Rujukan