Pidato (barangkali daripada kata Sanskrit: पदार्थ, rumi: padārthacode: sa is deprecated padārtha "inti pati, bahan"[1]; bahasa Inggeris: public speakingcode: en is deprecated ) difahamkan sebagai pengucapankata-kata dalam gaya yang teratur dan formal kepada pendengar[2] sama ada secara perseorangan mahupun di hadapan khalayak ramai.[3][2]
Pidato yang baik dapat memberikan suatu kesan positif bagi orang-orang yang mendengar pidato tersebut. Kemampuan berpidato atau berbicara yang baik di depan umum dapat membantu untuk mencapai jenjang karier yang baik.
Kegunaan
Seni ini muncul dengan seberapa faktor pendorong yang utama:
Memudahkan komunikasi antara pihak atasan dan bawahan serta sesama anggota organisasi.
Menciptakan suatu keadaan yang kondusif di mana hanya seorang sahaja yang diperlukan menyampaikan kandungan isi tersebut.
Pengucapan dan penyampaian kata-kata ini lazim dilakukan di situasi rasmi seperti majlis kenegaraan, sambutan keraian seperti hari lahir atau acara besar-besaran, mahupun sebagai pembangkit semangat sebelum memulakan kegiatan tertentu.
Cara penyampaian
Pemidatoan sangat menumpukan kepada penampilan, gaya bahasa isi serta ekspresi yang perlu disampaikan kepada ramai secara yakin dan percaya diri agar orang yang melihat pidato kita pun tertarik dan terpengaruh oleh pidato yang disampaikan. Maka, pengasahan gaya pidato menumpu kepada kecekalan mengawal dan membentuk ciri-ciri tertentu termasuklah:
^General Purposes of Speaking. 2012 – melalui [books.lardbucket.org Lardbucket]. |access-date= requires |url= (bantuan)
^Ridgley, Stanley K. (2012). The Complete Guide to Business School Presenting: What your professors don't tell you... What you absolutely must know. Anthem Press.
^Fetterman, David M. (1997) Videoconferencing over the Internet. Stanford University