Piala Thomas & Uber 2010 ialah kejohanan Piala Thomas ke-26 dan Piala Uber ke-23, kejohanan badminton pasukan lelaki dan pasukan wanita yang terulung dan paling berprestij. Pusingan-pusingan akhirnya diadakan dari 9 hingga 16 Mei di Stadium Putra, Kuala Lumpur, Malaysia yang pernah berlangsungnya Piala Thomas & Uber 2000, kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan ini.
China mempertahankan Piala Thomas selepas menewaskan Indonesia dengan keputusan 3–0. Manakala Korea memenangi Piala Uber buat kali pertama selepas menewaskan China dengan keputusan 3–1.