Piala Dunia Wanita B-19 FIFA 2002 merupakan sebuah kejohanan bola sepak antarabangsa yang telah diadakan bermula pada 17 Ogos sehingga 1 September. Ini merupakan kejohanan yang julung kali diadakan untuk pemain belia wanita yang dianjurkan oleh FIFA. Tuan rumah bagi edisi sulung ini diberikan kepada negara Kanada. Beberapa bandar utama dijadikan hos perlawanan yang diadakan seperti di Edmonton, Vancouver, dan Victoria.
Ini juga merupakan edisi pertama kejohanan yang mensyaratkan umur setiap pemain tidak lebih dari 19 tahun. Dalam edisi ini, pasukan Amerika Syarikat muncul juara menewaskan pasukan Kanada selepas tamat masa tambahan[1]. Manakala, pemain Kanada, Christine Sinclair muncul sebagai penjaring gol terbanyak kejohanan dengan 10 gol.
Dalam peringkat ini, setiap pasukan akan melawan pasukan lain sebanyak satu perlawanan. Pemenang ditentukan dengan jaringan gol. Jika keputusan seri selepas tamat masa penuh, masa tambahan akan diadakan. Sepakan penalti akan diadakan jika keputusan masih lagi seri selepas tamat masa tambahan.