Rencana ini perlu dikemas kini. Sila bantu mengemaskinikan rencana ini bagi mencerminkan peristiwa yang terkini atau maklumat yang baru.(September 2022)
Peso Argentina (ISO 4217: ARS) adalah mata wang rasmi negara Argentina. Simbol yang digunakan ialah "$" dan ia terbahagi kepada 100 centavo.
Matawang kertasnya terdiri dari denominasi 10, 20, 50, 100, 200, 500 dan 1000 peso. Matawang syilingnya yang pula termasuk duit bernilai $10, $5, $2, $1, 0.50, 0.25, 0.10 dan 0.05.
Peso bermaksud berat, merujuk kepada sifat utama duit syiling tersebut yang mempunyai berat yang tertentu. Lombong bijih perak di Argentina telah membekalkan sumber perak yang mencukupi untuk pembuatan duit peso ini. Dari segi sejarah sehingga 1826, 1 peso bernilai 8 reales Sepanyol. Dari 1826 sehingga 1991 matawang Argentina ini telah melalui perubahan yang mendadak.
Satu sifat yang penting adalah peso ini mempunyai tepian yang boleh menunjukkan sama ada duit ini telah diubahsuai atau tidak. Mengubahsuaikan wang peso merupakan amalan biasa kerana dengan mencairkan tepian duit emas atau perak ini, seseorang itu boleh mendapat logam bermutu tinggi. Oleh sebab peso merupakan duit perak tulin dengan berat yang tertentu, agak sukar untuk membuat wang palsu dan ia merupakan matawang yang popular hinggalah kehari ini.