Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam (bahasa Inggeris: Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions atau AAOIFI)[7] ialah sebuah pertubuhan bukan untuk yang berpusat di Bahrain yang ditubuhkan bagi mengekalkan dan meningkatkan piawaian syariah bagi institusi kewangan Islam, para peserta dan industri kewangan Islam secara keseluruhannya.[8] Pertubuhan ini menganjurkan sejumlah program pembangunan profesional (khususnya program akauntan undang-undang Islam, program pemerhati kewangan Islam dan program juruaudit menyeluruh) dalam usaha mereka untuk menambah baik industri.[9]
Pemerbadanan
AAOIFI ditubuhkan menurut Perjanjian Pertubuhan yang ditandatangani oleh institusi-institusi kewangan Islam pada 26 Februari 1990 di Algiers. Kemudian, ia didaftarkan pada 27 Mac 1991 di Bahrain. Ia dianggotai oleh lebih 45 buah negara,[10] termasuklah bank-bank negara dan institusi-institusi kewangan Islam dan pihak-pihak lain yang bekerja dalam industri kewangan dan perbankan Islam antarabangsa[11].
Struktur pertubuhan
Struktur pertubuhan AAOIFI termasuklah sebuah persidangan umum. AAOIFI juga mempunyai lembaga pemegang amanah dan lembaga piawaian perakaunan dan perauditan yang setiap satunya dianggotai oleh 15 orang anggota separuh masa, sebuah jawatankuasa syariah yang mempunyai empat orang anggota separuh masa, sebuah jawatankuasa kerja, dan seorang setiausaha agung yang menjadi petugas sepenuh masa dan mengenatul sekretariat am.[12]
Rujukan