Pertempuran Canusium (juga dipanggil "Pertempuran Asculum") merupakan satu pertempuran tiga hari antara angkatan Rome dan Carthage, yang terjadi di Apulia semasa musim panas 209 SM, tahun ke-10 perang Hannibal. Ia merupakan sebahagian dari serangan Rom yang bertujuan menakluk dan menghukum bandar dan kaum yang membatalkan perikatan dengan Rome sejak Pertempuran Cannae, dan mengecilkan wilayah kekuasaan pemimpin Carthage Hannibal di selatan Itali.
Dalam tahun 209 SM, Hannibal dan bala tenteranya bertindak terhadap pasukan Rom yang dipimpin oleh Marcellus dan Fulvius. Pada musim panas
tahun itu, Hannibal bergerak untuk menduduki padang rumput antara Herdonia dan Asculum. Marcellus mengikut Hannibal di sana. Disebabkan Hannibal tidak mampu kalah, Hannibal bersedia untuk bertempur. Dia mengatur pasukannya dalam 2 baris dengan pasukan bergajah antara keduanya. Tentera Marcellus turut diatur dalam 2 barisan. Pertempuran itu menjadi sengit sejak mula lagi. Selepas beberapa jam pertempuran sengit, barisan bahagian kanan Marcellus mula lebur huru-hara. Marcellus meluru untuk menyusun pertahanan dan berjaya menyelamatkan tenteranya daripada lebur sepenuhnya. Tentera Hannibal bagaimanapun banyak juga yang terbunuh.