Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (Bahasa Perancis: [Fédération Internationale de Gymnastique] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan); singkatan: FIG) adalah satu badan pentadbir bagi sukan gimnastik. Beribu pejabat di Lausanne, Switzerland, ia telah ditubuhkan pada 23 Julai 1881 di Liège, Belgium; menjadikannya pertubuhan sukan antarabangsa tertua yang masih wujud di dunia.[1] Pada asalnya ia dikenali sebagai Persekutuan Gimnastik Eropah dan mempunyai tiga negara anggota – Belgium, Perancis dan Belanda – sehingga 1921, apabila negara–negara bukan Eropah telah diterima masuk dan nama semasa digunakan sehingga sekarang.[2]
Badan ini menetapkan peraturan yang dikenali sebagai Kod Mata, yang mengawal atur bagaimana persembahan ahli gimnastik dibuat. Tujuk disiplin gimnastik ditadbir oleh FIG – gimnastik artistik yang dikelaskan lagi kepada gimnastik artistik lelaki (MAG) dan perempuan (WAG), gimnastik berirama (RG), gimnastik aerobik (AER), gimnastik akrobatik (ACRO), trampolin (TRA) dan junam gulung (TUM).
Rujukan
Pautan luar