Templat:Politik Mauritania
Perlembagaan Mauritania yang sekarang telah diterima pakai pada 12 Julai 1991. Terdapat beberapa perlembagaan sejak kemerdekaan Mauritania pada tahun 1960.
Perlembagaan sekarang
Perlembagaan Mauritania yang sekarang telah diterima pakai pada 12 Julai 1991. Di bawah Perlembagaan, Islam ialah agama negara, dan Presiden mesti orang Islam.[1][2]
Perlembagaan tersebut juga membenarkan hak mengundi umum, sama rata, dan rahsia untuk Presiden dan Parlimen, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dan perlindungan kebebasan awam dan individu, termasuk hak membentuk parti politik, perlindungan daripada perhambaan, hak untuk mogok, dan hak kepada harta. Kebebasan terlindung yang tersenarai khusus termasuk kebebasan pergerakan, pendapat, berhimpun, persatuan, perdagangan, dan ciptaan intelek.[3]
Rujukan
Templat:Topik Mauritania
Templat:Perlembagaan di Afrika