Thailand akan mengiktiraf perkahwinan sejenis bermula 22 Januari 2025.[1] Thailand sebelum ini tidak mengiktiraf sebarang persekedudukanan sejenis.[2][3]Beberapa rang undang-undang untuk berpasangan awam atau perkahwinan sejenis sebelum ini pernah diperkenalkan oleh Kabinet tetapi gagal melepasi kelulusan Parlimen.
Undang-undang perkahwinan sejenis baharu yang disokong oleh pemerintah dan sebahagian besar parti pembangkang telah diperkenalkan pada November 2023. Ia telah melepasi Dewan Perwakilan dengan 400 berbalas 10 pada 27 Mac 2024, dan Senat dengan 130 berbalas 4 pada 18 Jun 2024.[4] Ia telah menerima perkenan diraja dan akan diterbitkan dalam Warta Diraja pada 24 September 2024, dan akan berkuat kuasa bermula 22 Januari 2025, hari ke-120 selepas tarikh penerbitan.[1] Pindaan Tatalaku Awam dan Perdagangan telah menggantikan istilah "lelaki dan perempuan" dan "suami dan isteri" dengan perkataan "perseorangan" dan "pasangan". Undang-undang juga membenarkan pasangan sejenis untuk bersama-sama mengambil anak angkat.[5] Ia akan menjadikan Thailand negara Asia Tenggara pertama dan negara Asia kedua selepas Taiwan yang menghalalkan perkahwinan sejenis.[6][7][8][9][10]
Lihat juga
Rujukan
Templat:LGBT di Thailand