Perjanjian Keamanan dengan Turki ditandatangani di Lausanne Accord relatif à la restitution réciproque des internés civils et à l'échange des prisonniers de guerre, signé à Lausanne
Berikutan ratifikasi oleh Turki dan salah satu daripada tiga parti iaitu Britain, Perancis, Itali dan Jepun, perjanjian ini akan berkuatkuasa bagi "parti berkontrak tinggi" dan seterusnya untuk setiap tambahan tandatangan setelah ratifikasi
Perjanjian Lausanne adalah sebuah perjanjian damai yang ditandatangani di Lausanne, Switzerland, pada 24 Julai 1923. Ia secara rasminya menyelesaikan konflik yang asalnya wujud di antara Empayar Uthmaniyyah dan Pihak Berikat (Empayar British, Republik Perancis, Itali, Empayar Jepun, Greece, dan Romania sejak bermulanya Perang Dunia I.[1] Teks asal perjanjian ini ditulis dalam bahasa Perancis.[1] Ia merupakan keputusan selepas percubaan kali kedua selepas Perjanjian Sèvres gagal, yang mana ditandatangani oleh semua pihak tetapi kemudian ditolak oleh Pergerakan Kebangsaan Turki yang yang menentang terma-terma terdahulu serta kehilangan wilayah yang besar. Perjanjian Lausanne menamatkan konflik dan memperincikan sempadan Republik Turki moden. Dalam perjanjian ini, Turki telah menggugurkan semua tuntutan bagi wilayah Empayar Uthmaniyyah yang masih tinggal dan sebagai balasan Pihak Berikat mengakui kedaulatan Turki dalam sempadan barunya.[1]
Lihat juga
Wikisumber bahasa Melayu mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: