Perfect Man adalah album studio kelima oleh kumpulan penyanyi lelaki 6 orang dari Korea Selatan, Shinhwa. Ia telah dilancarkan pada 29 Mac 2002 oleh SM Entertainment.[1][2] Lagu judul "Perfect Man", termasuk lirik dengan tema cinta persuasif,[3] dan ini diikuti oleh lagu utama kedua berjudul, "I Pray 4 U".
Album ini debut di tangga #1 dalam Carta Bulanan Korea, menjadikan ia album kedua Shinhwa yang berjaya mencapai #1. Ia terjual 355,333 unit, dan kekal dalam carta selama 23 minggu. Album ini mencapai #14 dalam carta akhir tahun "Top 100 Albums in 2002".
Senarai Lagu
Maklumat adalah disesuaikan dari nota pelapik Perfect Man:[4]
No. | Tajuk | Susunan | Masa | |
---|
1. | "I Pray 4 U" | Y. H. Kim | 3:50 |
2. | "Perfect Man" | Y.J. Yoo | 3:25 |
3. | "Shout" | S.S. Park | 3:30 |
4. | "Free" | M.W. Lee | 4:30 |
5. | "Fly High, E. Mun" | J.H. Lee | 3:24 |
6. | "Endless Love" | J.H. Kim | 4:02 |
7. | "Comeback To My Life" | S.J. Hwang | 3:30 |
8. | "Honestly" | K.H. Ji | 3:44 |
9. | "Red Angel" | H.G. Kim | 3:45 |
10. | "Last Zone" | Y.J. No, J.H. Lee | 3:16 |
11. | "Reason" | C.H. Lee | 3:51 |
12. | "In Your Love" (Korea: 너 사랑 안에, rumi: Neo Sarang Aneh) | Park Moon-soo | 4:25 |
|
Video muzik
Untuk video muzik mereka "Perfect Man", setiap ahli memegang sejambak bunga kuning. Setiap ahli dalam video muzik menggambarkan orang yang berbeza, dengan Lee Min-woo berjalan dan menjadi orang pertama menyanyi, memegang sejambak bunga kuning dan beralih ke Kim Dong-wan, yang mengendarai sebuah ATV. Dongwan kemudian berubah ke Andy, yang merupakan seorang ahli perniagaan dalam video muzik, apabila beliau memasuki lif. Andy kemudian berubah menjadi Jun Jin ketika melakukan tekan tubi di gim, dan kemudian berubah menjadi Shin Hye sung yang sedang duduk di dalam kereta. Hyesung berjalan di belakang pintu kaca yang mengaburi tubuhnya, dan video muzik beralih ke mana Shinwha menari, masing-masing dengan mikrofon berdiri di hadapan mereka. Eric ditonjolkan sedang menyanyi rap, dan kemudian beliau berjalan keluar dari sisi lain pintu kaca yang Hyesung telah melangkah dari dalam. Video muzik berakhir dengan ahli melempar jambangan bunga kuning yang dipegang mereka dan menari diatas pentas dengan penonton bersorakan.
Video muzik mereka untuk "I Pray 4 U" lebih sederhana, menunjukkan ahli menyanyi di sekitar bot (dimiliki oleh Minwoo dalam video muzik). Ia juga menunjukkan ahli bermain bola keranjang terhadap satu sama lain.
Kembalinya Andy
Andy, yang tidak mengambil bahagian dalam album keempat mereka Hei, Come On!, datang kembali untuk mengambil bahagian dalam album ini. Walaupun beliau tidak mengambil bahagian dalam album keempat, bila-bila masa Shinhwa mempersembahkan salah satu lagu mereka dari album keempat, Andy telah diberikan satu bait lirik yang sebelum ini dinyanyikan oleh sama ada Eric atau Jun Jin. Salah satu contoh adalah Hey, Come On!. Asalnya, Jun Jin yang menyanyikan bahagian rap di awal lagu tap seetiap kali mereka mempersembahkan lagu ini di konsert mereka atau dimana saja, Andy diberikan tugas untuk bahagian ini.
Carta
Carta
|
Kedudukan tertinggi
|
Jualan
|
Album Bulanan Korea (RIAK) Mac 2002[5]
|
1
|
|
Album Tahunan Korea (RIAK) 2002[6]
|
14
|
Album Mingguan Korea (Gaon) Minggu berakhir 23 November 2013[7]
|
9
|
Album Bulanan Korea (Gaon) November 2013[8]
|
36
|
Sejarah Pelancaran
Kakitangan
Maklumat adalah disesuaikan dari pelapik nota Perfect Man:[4]
Produksi Album
- Lee Soo-man - penerbit
- KAT - jurutera rakaman, jurutera mixing
- Yeo Doo-hyeon - jurutera rakaman, jurutera mixing
- Lee Seong-ho - jurutera rakaman
- Kim Beom-gu - jurutera rakaman
- Kim Yong-seong - jurutera rakaman
- Kwak Seung-eun - jurutera rakaman
- Eom Chan-yong - jurutera rakaman
- Jeon Hoon - jurutera mastering
|
Gitar
- Groovie K - "Perfect Man"
- Hong Joon-ho - "Shout", "Last Zone"
- Sam Lee - "Free", "Fly High"
- Lee Geun-hyeong - "Endless Love", "Red Angel"
- Lee Seong-wol - "Honesty"
- Tommy Kim - "Reason"
- Jeong Ki-seong - "In Your Love"
Bass
Alat muzik menggunakan tali
- Oh Jo-han 5 - "Endless Love"
|
Rujukan