Percubaan pembunuhan Donald Trump

Percubaan pembunuhan Donald Trump
Pandangan dari udara dekat menunjukkan Butler Farm Show Grounds (kanan) pada hari perhimpunan dengan bangunan (kiri) yang ditembak ditembak
Butler Farm Show Grounds (kanan), 6:01 petang EDT, 10 minit sebelum penembakan
Map
Map
LokasiButler Farm Show Grounds di Connoquenessing Township/Meridian, berdekatan Butler, timur Pennsylvania, A.S.
Koordinat40°51′25.3″N 79°58′15.6″W / 40.857028°N 79.971000°W / 40.857028; -79.971000Koordinat: 40°51′25.3″N 79°58′15.6″W / 40.857028°N 79.971000°W / 40.857028; -79.971000
Tarikh13 Julai 2024; 5 bulan yang lalu (2024-07-13)
6:11 petang (UTC−04:00)
SasaranDonald Trump
Jenis serangan
Percubaan pembunuhan dengan tembakan
SenjataSenapang jenis AR-15
Kematian2 (termasuk pelaku)[1]
Tercedera5 (termasuk Trump dan kecederaan bukan tembakan kepada seorang pegawai)[2][3]
PelakuThomas Matthew Crooks
MotifDalam siasatan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada 13 Julai 2024, bekas presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah cedera dalam satu kejadian tembakan di sebuah rapat umum untuk menggalang sokongan dalam kempen pilihan rayanya diadakan dalam sebuah tapak pameran di Butler, barat negeri Pennsylvania.[4] Menurut saksi dan rakaman video, Trump mengalami pendarahan dari telinga kanannya sejurus selepas tembakan, akibat kesan luka dari tembakan.[5][6] Pegawai persekutuan dan tempatan melaporkan bahawa suspek penembak dan seorang peserta perhimpunan terbunuh, manakala dua lagi peserta cedera parah. [7]

Kes tembakan ini sedang disiasat sebagai cubaan membunuh.[7] Ini merupakan kejadian pertama seseorang presiden A.S. baik yang mantan mahupun semasa cedera dalam suatu penembakan sekian lama sejak kejadian penembakan terhadap Ronald Reagan pada tahun 1981.[8]

Selepas penembakan itu, Presiden Joe Biden lawan Trump dalam pilihan raya 2024 menempelak serangan itu sebagai suatu kejadian yang "menjijikkan" sambil menegaskan "tidak patut berlakunya di Amerika [Syarikat] keganasan seperti ini".[9] Bekas-bekas presiden Bill Clinton, George W. Bush, dan Barack Obama juga mengutuk tembakan itu, begitu juga dengan banyak pemimpin antarabangsa. Sambil keadaan pengawasan keselamatan perhimpunan itu sedang dikritik meluas, pengarah Perkhidmatan Rahsia Kimberly Cheatle ditekan agar meletakkan jawatannya,[10] manakala Presiden Biden mengumumkan rancangan untuk mengadakan suatu penyiasatan mandiri. Para penggubal undang-undang menggesa agar tahap keselamatan dipertingkatkan untuk calon-calon utama pilihan raya ini.[11] Penemuan awal oleh Biro Siasatan Persekutuan mendedahkan bahawa Crooks telah meminjam senapang yang dibeli secara sah daripada bapanya dan tidak mempunyai rekod jenayah, maka motif serangan dia tidak diketahui. Bahkan, catatan media sosial mahupun atau tulisan lain dibuat Crooks tidak menyatakan fahaman politik diri yang khusus; hal ini mendatangkan kesangsian tinggi terhadap motif kejadian ini sehingga timbul banyak teori konspirasi yang cepat tersebar dalam kalangan pengguna media sosial selepas penembakan ini.

Latar belakang

Tujuan Trump ke Pennsylvania

Bekas presiden Donald Trump ialah calon paling diharapkan para ahli Parti Republikan yang bertanding dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2024.[12] Perhimpunan dihadirinya ini sebahagian daripada kempen pilihan raya besar diadakan di negeri Pennsylvania yang tertumpu kerana keputusan undian se-negeri itu yang mudah "goyah" sampai mampu jadi penentu besar keputusan pilihan raya kebangsaan (swing state).[13] Tembakan ini berlaku dua hari sebelum Konvensyen Kebangsaan Parti Republikan yang akan diadakan pada 15 Julai tahun sama.

Persediaan keselamatan rapat umum

Semua hadirin rapat umum ini disaring sebelum masuk agar tidak membawa sebarang senjata dan objek terlarang.[4] Pengerusi Jawatankuasa Republikan Daerah Butler James E. Hulings menganggarkan bahawa 50,000 orang berada di perhimpunan itu.[14]

Pada 2020, Trump memenangi 65 peratus undian di Butler, Pennsylvania, tapak perhimpunan itu, berbanding Biden 33%.[15]

Penembakan

Sekitar jam 6:11 petang Zon Waktu Timur, bunyi tembakan kedengaran di perhimpunan Donald Trump di Butler, Pennsylvania.[16][17] Sekurang-kurangnya tiga orang telah ditembak, menyebabkan seorang maut dan dua dalam keadaan kritikal.[18] Darah kelihatan di bangku sebelah kiri di tempat itu.[19] Penembak itu dilaporkan berada di luar perimeter keselamatan acara itu, maka dia tidak berada dalam kalangan hadirin rapatah lagi menjalani pemeriksaan keselamatan, dia terbunuh dalam serangan balas oleh penembak tepat pasukan Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat sejurus tembakannya mengena Trump.[20]

Mangsa lain

Selain Trump, tiga lelaki juga terkena tembakan.[21] Corey Comperatore, jurutera projek dan perkakas serta anggota bomba sukarela di Buffalo Township,[22][23][24][25] asal Sarver, Pennsylvania (berumur 50 tahun), dilaporkan terbunuh.[26] Menurut keluarga waris Corey dan Gabenor Negeri Pennsylvania Josh Shapiro, dia meninggal dunia ketika melindungi isteri dan anak perempuannya daripada tembakan.[24][27]

Pelaku

Pada 14 Julai, FBI mengenal pasti penembak itu sebagai Thomas Matthew Crooks, serang belia berusia 20 tahun berasal dari Bethel Park kira-kira sejam jarak pandu kereta dari tempat perhimpunan.[28][29][30] Crooks dipercayai bertindak sendirian. Senapang yang digunakan Crooks telah dibeli secara sah oleh bapanya, menurut sumber penguatkuasa undang-undang.[31][32] Crooks belajar di Sekolah Menengah Bethel Park dan lulus dari Kolej Komuniti Allegheny County dua bulan sebelum penembakan.[33][34] Beliau tidak mempunyai rekod jenayah.[35][30]

Kesudahan

Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat mengetuai siasatan dengan Jabatan Kehakiman, Biro Penyiasatan Persekutuan dan Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan.[36] Insiden itu sedang disiasat sebagai cubaan membunuh.[8][37] Ia adalah kali pertama presiden semasa atau calon presiden cedera dalam kejadian tembakan sejak Ronald Reagan pada 1981.[8]

Jurucakap Datuk Bandar New York Eric Adams menyatakan kehadiran polis akan dipertingkatkan di seluruh bandar "atas kewaspadaan yang tinggi".[38]

Rujukan

  1. ^ Yee, Curtis; Santana, Rebecca; Whitehurst, Lindsay; Orsi, Peter (13 Julai 2024). "Live updates: Shooter dead, rally attendee killed and Trump whisked off stage after gunshots ring out at rally". Associated Press News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Julai 2024. Dicapai pada 13 Julai 2024.
  2. ^ Levien, Simon J. (13 Julai 2024). "Report From the Scene: 'Get Down! Shots Fired!'". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Julai 2024. Dicapai pada July 13, 2024.
  3. ^ McGraw, Meridith; Allison, Natalie (13 Julai 2024). "Trump 'felt the bullet ripping through the skin' during campaign rally shooting". Politico. Diarkibkan daripada yang asal pada July 13, 2024. Dicapai pada July 13, 2024.
  4. ^ a b Gold, Michael; Levien, Simon; Robertson, Campbell. "Trump 'Safe' After What Sounded Like Gunshots at Rally". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada July 13, 2024. Dicapai pada July 13, 2024.
  5. ^ "Trump says he felt bullet rip through his ear after attacker opened fire at rally". bbc.co.uk. BBC. Dicapai pada July 13, 2024.
  6. ^ Meyer, Matt; Shelton, Shania; B. Powell, Tori (July 13, 2024). "Live updates: The latest on the 2024 campaign | CNN Politics". CNN (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada July 13, 2024. Dicapai pada July 13, 2024.
  7. ^ a b Barnes, Julian E.; Gold, Michael; Levien, Simon J. (July 13, 2024). "Live Updates: Trump 'Safe' After Shooting at Rally; Suspect Killed". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada July 14, 2024.
  8. ^ a b c Colvin, Jill (13 Julai 2024). "Shooting at Trump rally is being investigated as assassination attempt, AP sources say". AP News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Julai 2024.
  9. ^ Schneider, Elena; Ward, Myah (July 13, 2024). "Biden: 'There's no place for this kind of violence in America'". Politico (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2024. Dicapai pada 17 Julai 2024.
  10. ^ "Speaker Mike Johnson calls on Secret Service director to resign after assassination attempt on Trump" (dalam bahasa Inggeris). NBC News. 2024-07-17. Dicapai pada 2024-07-19.
  11. ^ Solender, Andrew (14 Julai 2024). "Rally shooting spurs bill to boost security for Biden, Trump and RFK Jr". Axios (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2024. Dicapai pada 14 Julai 2024.
  12. ^ Kinnard, Meg (March 13, 2024). "Biden and Trump are now their parties' presumptive nominees. What does that mean?". AP News. Diarkibkan daripada yang asal pada July 11, 2024. Dicapai pada July 14, 2024.
  13. ^ O'Donoghue, Gary; Murphy, Matt (July 14, 2024). "Trump rushed off stage at rally as shots heard". BBC News. BBC. Diarkibkan daripada yang asal pada July 13, 2024. Dicapai pada July 14, 2024.
  14. ^ Vigdor, Neil. "Some people who were in the crowd described the evacuation of the rally as a logistical nightmare". The New York Times. Dicapai pada July 13, 2024.
  15. ^ Alund, Natalie Neysa (July 14, 2024). "Where was Trump rally? Butler County, PA appearance was site of shooting Saturday". USA TODAY. Dicapai pada July 14, 2024.
  16. ^ "Gunshots reportedly fired at Donald Trump rally – as former president rushed off stage". Sky News. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Julai 2024. Dicapai pada 13 Julai 2024.
  17. ^ "Trump rushed off stage at Pennsylvania rally as loud noises heard". BBC. Diarkibkan daripada yang asal pada July 13, 2024. Dicapai pada July 13, 2024.
  18. ^ null (July 14, 2024). "Update from Michael Gold". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada July 14, 2024.
  19. ^ Gold, Michael; Levien, Simon J.; Robertson, Campbell (July 13, 2024). "Live Election Updates: Trump 'Safe' After What Sounded Like Gunshots at Rally". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada July 13, 2024. Dicapai pada July 13, 2024.
  20. ^ "Why did the Secret Service fail to protect Trump from being shot?". The Economist. July 16, 2024. ISSN 0013-0613. Dicapai pada 18 Julai 2024.
  21. ^ Powell, Tori B.; Shelton, Shania; Meyer, Matt; D'Antonio, Isabelle; Tucker, Emma; Yeung, Jessie; Faheid, Dalia; Orie, Amarachi; Shen, Michelle; Williams, Michael; Chowdhury, Maureen (13 Julai 2024). "Live updates: Trump survives assassination attempt | CNN Politics". CNN (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Julai 2024. Dicapai pada 13 Julai 2024.
  22. ^ Hanz, Joyce (14 Julai 2024). "Buffalo Township man killed at Trump rally remembered as good neighbor, dedicated public servant". TribLIVE.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2024. Dicapai pada 14 Julai 2024.
  23. ^ Taft, Isabelle (14 Julai 2024). "Update from Isabelle Taft". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2024. Dicapai pada 14 Julai 2024.
  24. ^ a b "Man killed at Trump rally was former fire chief in Butler County who was protecting family". Pittsburgh Post-Gazette (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2024. Dicapai pada 14 Julai 2024.
  25. ^ "Update from Amanda Holpuch". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 14 Julai 2024. ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2024. Dicapai pada 14 Julai 2024.
  26. ^ "Update from Michael Gold". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). July 13, 2024. ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Julai 2024. Dicapai pada 13 Julai 2024.
  27. ^ Alsharif, Mirna (14 Julai 2024). "Corey Comperatore, former firefighter killed at Trump rally, is hailed as a 'hero' for shielding family". NBC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2024. Dicapai pada 14 Julai 2024.
  28. ^ "FBI identifies Thomas Matthew Crooks as 'subject involved' in Trump rally shooting". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 14 Julai 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2024. Dicapai pada 14 Julai 2024.
  29. ^ Gurman, Sadie (14 Julai 2024). "Law Enforcement Identifies Thomas Matthew Crooks, 20, as the Suspected Shooter". The Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2024. Dicapai pada 14 Julai 2024.
  30. ^ a b Jacoby, Kenny; Cann, Christopher; Le Coz, Emily; Bhat, Suhail (14 Julai 2024). "Trump rally shooter Thomas Crooks identified: What we know". USA Today (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2024. Dicapai pada 14 Julai 2024.
  31. ^ Yasmin, Shahana; Rohrlich, Justin. "What we know about gunman Thomas Matthew Crooks who shot at Trump at his Pennsylvania rally". The Independent (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2024. Dicapai pada 14 Julai 2024.
  32. ^ "Trump rally shooter Thomas Crooks appears to have acted alone, used 'AR-style 556' rifle: FBI". USA Today (dalam bahasa Inggeris). 14 Julai 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2024. Dicapai pada 15 Julai 2024.
  33. ^ Cann, Christopher; Bagchi, Aysha (14 Julai 2024). "Thomas Matthew Crooks identified as Trump shooter at Pennsylvania political rally". USA Today (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2024. Dicapai pada 14 Julai 2024.
  34. ^ Jack, Healy; Baker, Mike; Bogel-Burroughs, Nicholas; Benner, Katie (14 Julai 2024). "Here's What Is Known About the Suspected Gunman". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2024. Dicapai pada 14 Julai 2024.
  35. ^ Helmore, Edward (14 Julai 2024). "Trump rally shooting live: FBI names 'subject involved' after suspect shot dead in assassination attempt". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Julai 2024.
  36. ^ "The Secret Service is leading the response". The New York Times.
  37. ^ Smith, David; Vargas, Ramon Antonio (July 14, 2024). "Trump rally shooting being investigated as suspected attempt on his life". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada July 14, 2024.
  38. ^ "Live updates: Shooter dead, rally attendee killed and Trump whisked off stage after gunshots ring out at rally". AP News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Julai 2024. Dicapai pada 13 Julai 2024.

Pautan luar