Asal-usul perbandaran di Iceland dapat dikesan kembali ke zaman komanwel pada abad ke-10 ketika masyarakat desa diatur menjadi komun (hrepparcode: is is deprecated ) dengan tujuan utama untuk memberikan bantuan kepada individu termiskin dalam masyarakat. Apabila pembandaran bermula di Iceland pada abad ke-18 dan ke-19, beberapa perbandaran (kaupstaðircode: is is deprecated ) diwujudkan. Peranan perbandaran selanjutnya diformalkan pada abad ke-20 dan menjelang akhir abad tersebut tidak lagi ada perbezaan antara bandar dan luar bandar.
Perkembangan dalam beberapa tahun kebelakangan ini adalah lebih banyak fungsi dan kuasa berpindah dari negeri ke perbandaran. Ini telah menyebabkan keperluan bagi perbandaran yang lebih besar. Kerajaan menggalakkan perbandaran untuk bergabung tetapi telah mengambil pendekatan yang berbeza mengenai isu ini berbanding kerajaan-kerajaan di negara-negara Nordik yang lain, di mana penggabungan terpaksa dilakukan secara kerap seperti pembaharuan perbandaran di Denmark yang berkuat kuasa pada tahun 2007. Sebaliknya proses di Iceland adalah secara sukarela. Perbandaran membuat perundingan mengenai kemungkinan penggabungan antara mereka dan penggabungan itu harus dipersetujui oleh rakyat setiap perbandaran dalam satu referendum. Pendekatan yang serupa digunakan oleh kerajaan Kepulauan Faroe. Walau bagaimanapun, perbandaran dengan kurang daripada 50 orang mungkin terpaksa digabungkan dengan yang lain dengan kekerasan sekalipun.
Jumlah perbandaran memuncak pada pertengahan abad ke-20. Terdapat 229 perbandaran pada thaun 1950.[1] Pada tahun 1995, jumlah tersebut telah berkurang kepada 170. Sementara, pada thaun 2000 jumlah perbandaran di Iceland adalah 124 dan sejak 1 Januari 2013 hanya 74.
Kerajaan
Perbandaran ditadbir oleh majlis-majlis perbandaran yang dipilih secara langsung setiap empat tahun. Pilihan raya perbandaran yang terakhir diadakan pada 31 Mei 2014. Saiz majlis-majlis perbandaran berbeza dari lima orang ahli dalam perbandaran terkecil hingga lima belas orang dalam yang terbesar. Kebanyakan perbandaran, kecuali yang sangat kecil, melantik seorang pengurus eksekutif yang mungkin atau mungkin bukan ahli majlis perbandaran. Pengurus tersebut biasanya dirujuk sebagai datuk bandar (bæjarstjóri/borgarstjóricode: is is deprecated ) bagi kebanyakan majlis perbandaran urban tetapi "pengurus perbandaran" (sveitarstjóricode: is is deprecated ) bagi majlis perbandaran luar bandar atau bercampur. Adalah biasa bagi pengurus-pengurus eksekutif tersebut dilantik secara profesional dan bebas politik.